Bouquet Coklat DIY Paling Jimat & Cantik Untuk Graduasi! Idea Kreatif Yang Confirm Menjadi

Share

Sekarang ni musim graduasi anak-anak pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang tamat darjah 6 dan para pelajar tingkatan 5 yang diraikan dalam majlis istimewa. Ini adalah antara ‘moment’ indah yang bakal diingati sepanjang hayat mereka. Bukan sahaja pada para graduan, malah ia termasuklah ibu bapa, guru serta pensyarah yang terlibat.

TRADISI MAJLIS GRADUSI selalunya meriah dengan jambangan bunga segar untuk dihadiahkan buat insan tersayang. Namun agak rugi kerana bunga segar tak tahan lama dan harganya pun boleh tahan mahal. Jika dibeli, sejambak bunga segar rata-rata bermula dari RM70 ke atas. Hmmm… sayangnya nak habiskan duit begitu saja. Bukannya berkira tetapi di zaman gawat sebegini, setiap perbelanjaan perlu diambil kira. Trend terkini, pilihan lain selain bunga ialah menghasikan bouquet coklat

. Idea ini nampak lebih masuk akal — lepas siap bergambar, boleh makan dan tak membazir.

Bakal menghadiri majlis konvo insan tersayang? Apa kata anda hasilkan bouquet coklat secara DIY. Anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri malah pastinya lebih jimat. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hasilnya nampak sangat cantik persis yang dibeli di kedai. Jom cuba idea perkongsian Puan Khairana Rahman.

CHOCOLATE TEDDY BEAR BOUQUET

Bahan-bahan:

  • Coklat Ferrero Rocher
  • Teddy bear
  • Rice paper (guna 4 warna)
  • Lidi sate
  • Pita pelekat
  • Riben
  • Gunting
  • Plastik empat segi

Cara-cara Membuat Bouquet Coklat

1. Balut coklat dengan plastik dan lekatkan menggunakan pita pelekat.

2. Cucuk coklat dengan lidi sate supaya mudah disusun nanti.

3. Balut dan lekatkan plastik pada lidi dengan menggunakan pita pelekat.

4. Potong empat segi kertas warna seperti contoh.

5. Lipat kecil dan gunting bahagian tengah.

6. Kertas yang dah dipotong di bahagian tengah akan menjadi ‘penyokong’ untuk coklat.

7. Masukkan lidi coklat pada lubang kertas dan lekatkan dengan pita pelekat.

8. Ulang langkah untuk semua coklat sehingga siap.

9. Cantumkan semua lidi coklat menggunakan pita pelekat supaya kelihatan kemas.

10. Lekatkan lidi sate di bahagian belakang teddy bear. Cara melekatkan ikut kreativiti masing-masing. Ada yang cucuk pada jahitan bawah teddy bear untuk elakkan rosak. Gam tidak digalakkan kerana boleh merosakkan fabrik.

11. Cantumkan teddy bear dan coklat menjadi satu rangkaian yang kemas.

12. Lipat dua rice paper.

13. Balut rice paper mengelilingi coklat dan ikat menggunakan riben untuk kesan lebih kemas dan profesional.

14. Siap! Inilah hasil bouquet coklat yang cantik dan jimat. Bolehlah hadiahkan buat anak-anak atau kawan-kawan yang bakal konvo nanti.

Contoh Bouquet Coklat Lain

Ada pelbagai rekaan yang anda boleh cuba. Ada yang gabungkan coklat dengan mini plushie, ada yang gunakan warna rice paper pastel untuk nampak lebih lembut, dan ada juga yang buat versi glam dengan warna hitam dan emas. Kreativiti memainkan peranan besar dalam menjadikan bouquet coklat ini hadiah yang eksklusif dan penuh makna.

Kelebihan membuat sendiri juga ialah anda boleh sesuaikan warna, jumlah coklat, saiz teddy, serta gaya pembungkusan mengikut karakter penerima. Dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding bunga segar, ramai ibu bapa dan pelajar kini memilih bouquet coklat sebagai hadiah graduasi yang lebih praktikal, manis dan tak membazir.

Kredit idea & gambar: Khairana Rahman 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Published by
Nur