Ibu Datuk Seri Aliff Syukri Tak Lokek Kongsi Ilmu Masak & Kesihatan Yang Beliau Amalkan Di IG.

Share

Sebut sahaja Bonda Rozita Ibrahim, pasti ramai yang mengenali pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya ni. Lemah lembut dan penuh sifat keibuan. Sangat mempersonakan!

Jika anaknya, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri aktif di instagram, sang ibu pun tidak kurang hebatnya. Bagi yang follow

laman sosial Bonda Rozita sama ada di Instagram atau facebook, pasti biasa melihat pelbagai posting bermanfaat yang dikongsi oleh usahawan berjaya ini.

Bila dah namanya wanita, pasti tidak terlepas dari bercerita tentang masakan. Istimewanya Bonda Rozita suka berkongsi masakan-masakan kampung! Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Malah masakan yang eksotik pun ada. Sambil memasak, ada sahaja tip yang diselitkan untuk panduan bersama. Antara sajian yang pernah beliau kongsi ialah Bakso, Batang Keladi Masak Asam dengan Ikan Puyu, Masak Lemak Cili Padi Nanas Dengan Ikan Masin, Daging Buah Pala

dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak kedekut berkongsi pelbagai petua kesihatan, petua dapur , petua memasak dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata, kalau tengok Bonda Rozita berceloteh, memang ralit dan seronok. Para pembantu pun duk melayan. Happening jadinya! Jom layan IG Bonda Rozita ni. Memang bermanfaat.

IKLAN