Boleh Guna Petua Sabun Ini Untuk Hilangkan Hitam Bawah Periuk

Share

Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Susah juga nak cuci dan sental.

Jadi macam mana nak hilangkan kesan hitam degil bawah periuk? Menurut perkongsian daripada saudari Zainun Mamat, dia mengamalkan petua guna sabun mandi dan keluli besi cuci periuk.

Hasilnya, memang macam periuk baru! Malah periuknya yang sudah berusia 22 tahun masih tahan dan bersih cun melecun.

TONTON  Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja 

TONTON  Minit Ekspress:  Kuah Kacang Ekspress 

“Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.”

Caranya mudah saja:

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

1. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air.

2. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih. Kemudian, bolehlah sental periuk kita. Bilas dan cuci bersih. Berkilat jadinya.

Sedap mata memandang.

3. Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.

Kredit petua: Zainun Mamat

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN