Blogger Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam daripada Ibunya, Ringkas Tapi Nampak Sedap!

Share

Melalui blog, blogger yang dikenali sebagai Rabia telah berkongsi resipi nasi ayam. Istimewanya resipi itu adalah daripada ibunya sendiri.

Menggunakan teknik ringkas namun tetap sedap, Rabia mengakui hidangan nasi ayam ibunya menjadi kegemaran mereka seisi keluarga.

Jom kita lihat resipinya.

NASI AYAM BY RABIA

AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN AYAM GORENG
1 ekor ayam (dipotong 8)
Air secukupnya untuk merebus
Kicap manis secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Rebus ayam. Masukkan kiub ayam dan halia.
2. Keluarkan ayam yang rebus tadi. Ketepikan air rebusannya.
3. Lumur ayam dengan kicap manis.


4. Panaskan minyak masak. Goreng ayam.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.

NASI AYAM

BAHAN NASI AYAM
2 pot beras
1 labu bawang merah
5 inci halia
2 sudu besar minyak masaka
2 sudu besar marjerin
Air rebusan ayam
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

CARA MEMBUAT NASI AYAM
1. Basuh beras dan toskan.


2. Kisar bawang merah.
3. Halia dihiris nipis.
4. Dalam periuk nasi, letakkan sedikit minyak masak dan marjerin.


5. Tumis bawang merah dan halia sehingga naik bau.
6. Masukkan beras dan air rebusan ayam.
7. Masukkan garam dan daun pandan yang disimpul rapi.
8. Mula memasak.

SUP NASI AYAM

BAHAN SUP NASI AYAM
Air rebusan ayam
1 labu bawang besar
2 inci halia
Garam secukup rasa
Sedikit lobak masin
Daun sup

CARA MEMBUAT SUP NASI AYAM
1. Panaskan air rebusan ayam tadi.
2. Kisar bawang besar dan halia.
3. Masukkan kisaran bawang besar dan halia.
4. Masukkan garam dan lobak masin.
5. Biarkan mendidih. Matikan api.
6. Taburkan daun sup. Sedia untuk dinikmati.

SAMBAL NASI AYAM

BAHAN SAMBAL
5 tangkai cili merah besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan cuka
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT SAMBAL
1. Cili merah besar dikisar bersama bawang putih, cuka, gula dan garam.
2. Kisar sehingga halus.
3. Siap.

Tomato
Salad

Kredit: www.rabiadawiyah21.blogspot.com

IKLAN