Macam-macam persepsi orang terhadap biskut atau cookies raya, ada yang tertarik pada keenakan dan tak kurang pada bentuk hiasannya. Apapun setiap biskut ada kelebihannya. Begitu juga dengan biskut tanpa acuan yang disediakan oleh Puan Azian Hassan, Akid Anuar dan Khairil ini.

 

 

BISKUT CHOCOLATE CRINKLES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan gula Kastor
  • 1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kopi(serbuk nescafee)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan gula aising

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
  3. Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
  6. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
  7. Susun ke dalam  dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.

 

INFO CHEF: Masa membakar dan kepanasan suhu bergantung kepada jenis dan saiz ketuhar.

……..

 

 

 

BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 300gm tepung serbaguna
  • 150gm gula icing
  • 100gm buahan-buahan campuran
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4sudu teh parutan lemon

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
  2. Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  3. Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
  4. Gaul sehingga sebati.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
  6. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  7. Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
  8. Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
  9. Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
  10. Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.

 

INFO CHEF: Kelajuan memukul adunan bahan untuk biskut sebaliknya  menggunakan kelajuan perlahan atau lebih mudah menggunakan tangan sahajaa selama beberapa minit.

…………..

 

 

 

BISKUT BEBOLA COKLAT URAI

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula aising
  • 1 1/2 sudu teh serbuk koko
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 250gm coklat masakan

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul  mentega bersama gula aising sehingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
  3. Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
  4. Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
  5. Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
  6. Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
  7. Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
  8. Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
  9. Biarkan coklat mengeras  baru sedia dihidangkan atau simpan.

 

Ads

INFO CHEF: Saiz telur yang sesuai untuk biskut adalah saiz ‘B’.

……………….

 

 

 

BISKUT NESTUM MADU

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 4 cawan nestum
  • 2 cawan coklat urai
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan madu
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh vanilla

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
  2. Masukkan telur. Pukul lagi
  3. Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
  4. Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
  5. Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
  6. Gaul sebati.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  8. Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
  9. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.

 

INFO CHEF: Bila membuat biskut pasti mentega dalam keadaan suhu bilik.

…………..

 

 

 

BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan cornflakes
  • 1/2 cawan madu
  • 1/2  cawan gula castor
  • ½ cawan peanut butter
  • 1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
  2. Masukkan peanut butter dan kacau sebati.
  3. Tuangkan cornflakes ke dalam adunan dan gaul.
  4. Bulat-bulatkan adunan

 

Kongsi resipi: PUAN AZIAN HASAN (azianhasan.com)

 

Cantik Dipandang Sedap Dirasa

Bentuk yang cantik dan warna yang menarik, cookies mahupun biskut tanpa acuan ini memang menggoda selera untuk mencuba. Kata tuan yang kongsikan resipi ini Akid Anuar dan Khairil ,dua sahabat sangat kreatif mengolah resipi cookies dan berkongsi resipinya  untuk pembaca RASA semua. Jadi boleh cuba buat cookies raya sendiri tahun ni.

 

M&M COOKIES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 80gm tepung jagung
  • 90gm tepung naik sendiri
  • 50gm sebuk badam
  • 300gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Coklat M &M secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur.Terus kacau.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, jagung dan serbuk badam.
  4. Adun rata hingga menjadi doh lembut.
  5. Susun dalam dulang pembakar, kemudian hias di atasnya dengan coklat M&M.
  6. Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit.
  7. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
  8. Setelah betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.

 

INFO CHEF:  Suhu dan lama membakar bergantung kepada jenis ketuhar yang anda gunakan kerana saiz dan jenis ketuhar tidak sama.

………..

 

 

SUJI KRISTAL

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 100 gm gula aising
  • 100gm serbuk almond
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 400gm minyak sapi
  • Pewarna, merah, oren, hijau dan kuning
  • Gula kastor | untuk hiasan salutan kristal

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung gandum, soda dan serbuk penaik. Ayak bersama.
  2. Kemudian campurkan ke dalamnya gula aising, serbuk badam dan esen vanilla.
  3. Gaul rata, kemudian masukkan minyak sapi.
  4. Adun menjadi doh lembut.
  5. Bahagikan kepada empat bahagian.
  6. Warna hijau, merah, oren dan kuning.
  7. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150C  selama 20 minit.
  8. Biarkan betul-betul sejuk baru gaulkan dengan gula kastor.
  9. Biskut sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

INFO CHEF: Jika suka anda boleh letakkan inti kacang tumbuk di dalamnya.

………

 

 

 

RED VELVET COOKIES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 50gm  jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150gm gula kastor
  • 35gm serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 100gm chocolate chip

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna.
  2. Putar hingga rata dan sebati.Ayak tepung, serbuk koko dan garam.
  3. Masukkan coklat chip dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji chocolate chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
  5. Bakar di dalam ketuhar  yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
  6. Sejukkan dahulu sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

INFO CHEF: Jika doh agak kering, putar sedikit mentega kemudian gaulkan dengan doh tadi agar ia lebih basah dan lembut.

 

 

 

SEA  SALT CHOCOLATE CHIP COOKIES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega | sejuk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 1cawan gula perang
  • 4 cawan tepung
  • 3 cawan chocolate chips
  • 1 biji telur
  • 1sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sea salt secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ayak bersama tepung gandum, jagung, tepung naik sendiri dan coklat gelap. Ketepikan.
  2. Pukul mentega,minyak jagung, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
  3. Tambahkan esen vanila dan telur, kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung, serbuk penaik dan soda sedikit demi sedikit, sambil itu terus adun.
  5. Masukkan coklat chip dan adun lagi hingga menjadi doh lembut.
  6. Tutup bekas doh dan simpan adunan dalam peti sejuk 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan doh dan bentukkan ikut cita rasa dan susun dalam dulang pembakar.
  8. Masukkan dalam ketuhar dan bakar dengan api 150C selama 15 minit.
  9. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

 

INFO CHEF: Alas dulang pembakar dengan kertas patchment paper agar cookies melekat.

……..

Ads

 

 

 

BALGIUM CHOC CHIP COOKIES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 50gm gula perang
  • 300gm tepung gandum berprotein tinggi
  • 150gm chocolate chip
  • 100gm hirisan badam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh perisa kopi
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat.

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula perang, gula kastor dan perisa kopi hingga  kembang.
  2. Masukkan bahan campuran tepung dan soda bikarbonat yang diayak dan gaul sebati.
  3. Masukkan pula chocolate chips dan hirisan badam, gaul rata.
  4. Sudukan atau skopkan ke atas loyang  yang telah digris. Jarakkan susunannya kerana cookies akan mengembang.
  5. Bakar 150C, selama 30 minit.
  6. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.

 

INFO CHEF:  Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

………

 

 

 

NUTELLA MUNCHIES COOKIES

Biskut Tanpa Acuan, Tetap Sedap Dan Cantik!

BAHAN-BAHAN:

A:

  • 120gm mentega
  • 80gm gula perang

B:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh perisa coklat

C:

  • 150gm nutella

D:

  • 250gm tepung gandum\

E:

  • 100gm chocolate chips
  • 100gm  cincang

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan  semua bahan B, kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul bahan A hingga sebati.
  3. Campurkan  bahan A , B dan C. Gaul rata.
  4. Tambahkan  tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi doh lembut.
  5. Masukkan chocolate chips dan badam cincang. Adun rata.
  6. Sudukan doh dalam loyang yang dilapikan patchment paper .
  7. Masukkan dalam ketuhar dengan kepanasan 140C selama 20 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.

 

INFO CHEF:  Suhu dan lama membakar bergantung kepada jenis ketuhar yang anda gunakan kerana saiz dan jenis ketuhar tidak sama.

………..

 

 

Kongsi resipi: KHAIRIL @bakeril_BakeRiL Ventures

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI