Biskut Sarang Semut Biskut , Hasil Ramuan Tiga Jenis Tepung, Patut Ler Sedap.

Share

Tengah cuti ni best jugak kalau buat biskut, kudapan sedap dimakan masa menonton tv.  Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.

Tapi kini dengan pelbagai biskut moden dengan nama omputih yang canggih, biskut ni dah mula dilupai. Min sukakan teksturnya yang rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB:  Resepi Biskut Raya Sedap.

BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm mentega
  • 100gm gula halus
  • 350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
  • 100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
  • 100gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :

  • sedikit coklat rice
  • sedikit manik gula kecil ( warna warni )
  • secukupnya paper cup kecil

CARA MEMASAK ::
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.

3. Masukkan tepung dan gaul rata

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam cawan kertas.

5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi : Kak Hanieliza 
Sumber : Noorsha

FB :Resepi Biskut Raya Sedap

 

IKLAN