Biskut Roti Kering Guna Roti Hampir Tamat Tempoh, Tak Bazir!

Share

Biskut roti kering guna roti hampir tamat tempoh, taklah membazir. Selalunya roti kering ini boleh didapati di kedai-kedai runcit dan bakeri. Agak-agak senang tak buat sendiri?

Sangat mudah sebenarnya nak buat. Tengok kat rumah ada stok roti yang dah hampir tamat tempoh.

Roti juga boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan lain. Misalnya roti sardin, roti goreng, puding roti dan macam-macam lagi.  Selain itu, boleh juga cuba buat roti kering ni. Peh! Minum pulak dengan the O atau kopi O memang ngam habis!

Boleh ikut resipi yng dikongsikan oleh puan Lailatul Aisyah ini ye.

Biskut Roti Kering Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Bahan-bahan:

Roti putih

Mentega – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Cara Membuat:

Potong roti mengikut saiz yang diingini.

Setelah itu, sapukan dengan mentega di permukaan roti tersebut dengan rata.

Celup/salut roti tadi dengan gula. Pastikan kedua bahagian permukaan tersalut rata.

Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 150 darjah selsius. Kena sentiasa perhatikan agar tidak hangus.

Keluarkan dan dah siap! Bestnya makan dengan kopi O. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN