Biskut Raya Paling Senang Buat… Suji Badam Guna 4 Bahan Aje.

Share

Min cukup suka biskut suji badam ni, buatnya dahlah senang, rasanya rapuh dan cair di mulut. Gabungan serbuk badam dengan minyak sapi @ghee memang gerenti sedaplah. Lemak dan rangup.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalib

dalam FBnya. Eh ringkas sungguh bahannya. Kalau nak beli sebalang, 50 keping aje mahu sampai RM20 nih. Ada jugak yang jual RM30 , perrgh boleh tahan jugak harganya kan. Buat sendiri lagi puas hati.

BISKUT SUJI BADAM

Bahan bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 300gm gula kastor
  • 400gm ghee @ minyak sapi
  • 100gm serbuk badam

Langkah Memasak:

Guna empat bahan aje, tepung gandum, gula kastor, serbuk badam dan minyak sapi atau ghee
  1. Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.

  1. Kemudian baru masukkan tepung gandum dan serbuk badam.
  2. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius, panaskan dahulu oven dan bakar selama 30 minit.

Senangkan, biskut yang mudah-mudah ni buat sendiri aje. Jimat sikit belanja kan

IKLAN