Antara barisan biskut popular dan menjadi ikutan bila musim hari raya. Wajib ada di setiap rumah manakan tidak biskutnya sangat sedap, wangi dan paling seronok bahagian atasnya yang keras dan rangup menjadi rebutan. Jika kamu belum pernah merasainya, tahun ini apa kata kamu cuba buat!

 

RESIPI BISKUT MAMA CAREY
Biskut Popular Dulu-Dulu, Mama Carey Jadi Perhatian, Suka Makan Bahagian Atas Dulu!

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula Kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla

BAHAN DI AYAK:

  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 50 gm susu tepung

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

Biskut Popular Dulu-Dulu, Mama Carey Jadi Perhatian, Suka Makan Bahagian Atas Dulu! Biskut Popular Dulu-Dulu, Mama Carey Jadi Perhatian, Suka Makan Bahagian Atas Dulu! Biskut Popular Dulu-Dulu, Mama Carey Jadi Perhatian, Suka Makan Bahagian Atas Dulu!

IKLAN
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  4. Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
  5. Panaskan oven pada suhu 150 C
  6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
  7. Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
  8. Terap dengan acuan pilihan
  9. Susun di atas dulang pembakar
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
  11. Kemudian biarkan ia sejuk.

 

UNTUK ICING BAHANGIAN ATAS:

IKLAN

Biskut Popular Dulu-Dulu, Mama Carey Jadi Perhatian, Suka Makan Bahagian Atas Dulu!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 90 gm gula icing

CARA MEMASAK:

  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
  3. Masukkan adunan dalam piping bag.
  4. Paipkan icing atas biskut tadi
  5. Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
    Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan
  6. Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
  7. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
  8. * untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak
  9. Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
  10. Lagi satu pastikan suhu oven bertepatan

 

Kongsi resipi: Wa Fatiwa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI