Biskut Kelapa Lejen, Rangup Bila Kunyah, Bakar Guna Air Fryer Je

Share

Bila sebut sahaja Biskut Kelapa, pasti terbayangkan kesedapan dan kerangupan air tangan mak-mak kita ketika masih kecil dulu bukan? Tak nafikan Biskut Kelapa ini memang ‘lejen.’ Dulu-dulu Biskut Kelapa ini antara kudapan wajib yang mesti ada di atas meja hidangan. Kini, Biskut Kelapa masih lagi tetap kekal ‘evergreen’ dan diminati pula anak-anak muda. Nah ini resipi membuat Biskut Kelapa yang dikongsikan oleh Emmy Masturah

RESIPI BISKUT KELAPA

BAHAN-BAHAN:

250g mentega – BELI ONLINE
3/4 cawan gula –BELI ONLINE
1 sudu teh esen vanila – BELI ONLINE
1 biji telur kuning
2 sudu besar serbuk badam
1 biji kelapa
3/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE

BAHAN DISANGAI:

Tepung ubi kayu
Kelapa putih

CARA MEMBUAT:

1. Mentega dikacau bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan 1 sudu teh esen vanila.

3. Masukkan sebiji kuning telur dan kacau

4. Masukkan dua sudu serbuk badam.

5. Masukkan kelapa putih yang sudah disangai dan kacau sebati.

6. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum.

7. Akhir sekali masukkan tepung ubi kayu yang telah disangai tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.

8. Terapkan dengan acuan. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160C selama 10 minit. Siap. Tunggu sejuk boleh susun dalam balang.

 

Sumber kredit: Emmy Masturah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN