Biskut Buah Kana Yang Confirm Semua Orang Suka, Dulu-dulu Memang Popular

Share

Biskut Buah Kana memang sedap dengan pelbagai jem di tengah-tengahnya. Ramai yang terimbau dengan zaman kanak-kanak ketika makan biskut Buah Kana ini bukan? Selalunya bahan-bahan untuk membuat biskut lama tak banyak dan ringkas sahaja. Jom kita cuba resipi biskut Buah Kana yang dikongsikan oleh Normy Armila

ini.

RESIPI BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UTAMA:

150 gm mentega (gunakan mentega asli (pure butter) untuk lagi sedap)
90 gm gula ising – BELI ONLINE
1 biji kuning telur saiz B
180 gm tepung gandum –BELI ONLINE
100 gm tepung jagung – BELI ONLINE
1/2 sudu teh baking powder
Pewarna (jika suka untuk mencantikkan lagi biskut)

BAHAN UNTUK INTI:

Jem strawberi
Jem blueberry

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan utama. Selepas itu tekapkan adunan pada acuan. Selepas itu bakar adunan dalam oven (ikut suhu oven masing-masing).

 

 

2.Selepas semua adunan siap dibakar, bolehlah sapukan jem strawberi atau pun blueberry. Ikut kesukaaan masing-masing.

 

3.Kemudian tekapkan biskut yang disapukan jem tadi. Maka jadilah bentuknya seperti buah kana.

Sumber kredit: Normy Armila

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN