Laman

Dah Ambil Batang Serai Ambil Untuk Masakan, Daunnya Jangan Buang. Masih Berguna

Share

Serai memang banyak kegunaan untuk masakan. Malah ramai kalangan kita yang menanam sendiri pokok serai ini di rumah.

Selalunya bila tuai pokok serai, kita hanya ambil bahagian batangnya untuk diguna dalam masakan sementara bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.

Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun

daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!

Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;

  1. Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.

2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).

3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)

4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.

Info ekstra

Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Artikel ini diolah dari Vanilla Kismis & Hasmie Harun

 

IKLAN