Bila Anak-Anak Tolak Makan Nasi, Ibu ‘Pancing’ Hidangan Ala Fast Food

Share

Bila anak-anak kata tak nak makan nasi untuk makan malam, mak-mak kenalah kreatif untuk sediakan makanan. Walaupun ringkas, namun yang penting anak-anak kenyang dan lengkap khasiatnya.

Menerusi perkongsian daripada Nor Asiah ini, semua anaknya suka makan hidangan burger yang dibuat sendiri. Jimat dan lebih rasa air tangan ibu sendiri. Jom kita cuba.

 

RESIPI ROTI BURGER

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung roti – beli online di sini
70gm gula kastor
1 sudu besar yis kering (saf) – beli online di sini


1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
50gm marjerin @ mentega
10gm pelembut roti
280gm – 300gm air sejuk

TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet 

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit dalam bread maker.


2. Kemudian bahagikan doh burger dengan berat 75-80gm setiap setiap satu. Roundingkan. Kemudian, letakkan di dalam acuan ring. Saya gunakan loyang ring saiz 4 inci.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Sapukan air di bahagian atas doh. Taburkan bijan. Tunggu sehingga doh naik.
4. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 20 minit atau bergantung kepada keadaan ketuhar masing-masing.

 

RESIPI AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | dipotong-potong
1 biji telur + sedikit tepung bestari (2 genggam)
*ayam diperap sekurang-kurangnya ½ jam.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

TEPUNG KERING

300gm tepung bestari – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
2 sudu besar tepung beras – beli online di sini

*gaulkan semua tepung kering di dalam satu bekas. Apabila nak goreng, gaul-gaulkan ayam dengan tepung kering.
*pastikan minyak banyak apabila menggoreng ayam.

BAHAN SAMPINGAN:

Daun salad
Kentang goreng
Kepingan keju
Sos cili / sos cheese / mayonis

Kredit resipi: Nor Asiah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN