Bikin Ketagih, Resipi Tempe Mendoan Sedap Untuk Minum Petang

Share

Andai pernah ke Indonesia, anda pernah cuba makan Tempe Mendoan? Sedap kan rasanya? Menu yang berasal dari negara seberang ini sangat enak dan sesuai dinikmati sebagai kudapan di waktu minum petang. Lepas sekeping-sekeping dikunyah. Memang ralit makan. Anda tak pernah cuba tapi berminat nak rasa? Ha….  Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipinya. Mudah je. Pasti menjadi kegemaran ramai selepas ni. Enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Jom cuba! Pasti tak menyesal.

 

CARA BUAT TEMPE MENDOAN SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Tempe secukupnya – potong nipis

BAHAN SALUTAN:

  • 1 ⅓ cawan tepung gandum beli online disini
  • ¼ cawan tepung beras beli online disini
  • 1 biji bawang merah (*) – tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih (*) – tumbuk halus
  • ½ inci kunyit (*) – tumbuk halus
  • ½ sudu teh jintan manis (*) beli online disini– tumbuk halus
  • ½ sudu teh jintan putih (*) beli online disini– tumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Chili flakes/ emping cili beli online disini
  • Hirisan daun sup secukupnya
  • 1 ⅓ cawan air

CARA MEMASAK:

1.Tumbuk bahan bertanda (*) hingga halus.

2. Satukan tepung, bahan tumbuk, garam, serbuk perasa, cili flakes dan air. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan hirisan daun sup.

4. Celup kepingan tempe yang sudah dipotong nipis ke dalam adunan tepung.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dengan api sederhana hingg kekuningan.

5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Zanariah Khalit

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN