Bihun Sardin Kari Resipi Istimewa Emak Mentua Orang Pahang

Share

 

Penggemar makan sardin pasti suka dangan resipi menarik ini. Rasa lemak, masam dan manis enak daripada sardin tin yang dimasak dengan kuah kari. Makan pula dengan bihun atau mi dan jangan lupa cili potong untung rasa pedas.

 

BIHUN SARDIN KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1 inci Halia*
  • 1 tin besar sardin
  • 3 keping asam keping
  • Serbuk kari ikan
  • 1 1/2 keping gula Melaka
  • Garam
  • Minyak utk mnumis
  • 200ml santan
  • Air – lebih kurang 2 tin (guna tin sardin tadi)

 

BAHAN KISAR

  • 9 biji bawang merah
  • 5 tangkai cili kering

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bahan yang bertanda* kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau atau keperangan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari yang telah dibncuh dengan sedikit air.
  4. Masukkan sardin sekali dengan sos sardin tetapi sebelum itu penyek dulu isi sardin menggunakan sudu.
  5. Masukkan santan, air dan asam keping.
  6. Perasakan dengan gula melaka dan garam. Siap
  7. Kari sardin akan rasa dia masin, masam dan manis.
  8. Celor bihun, sawi dan taugeh (kalau tidak mahu celur taugeh pun boleh)
  9. Goreng fish ball dan fish cake kemudian potong
  10. Cili padi dipotong

 

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Emma Akma 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/

 

IKLAN