Bihun Goreng Rahsia Arwah Bonda Masak Mesti Ikhlas

Share

Nampak mudah tapi kalau tidak kena gaya boleh tidah menjadi seperti bihun terkembang, terkeras atau masak tidak sekata. Rahsia resipi ini ada meletak sedikit cuka untuk bihun masih anjal.

BIHUN GORENG

  • Sebungkus Bihun ( rendam dgn air sejuk selama 3 jam)
  • Sebiji bawang besar
  • Segenggam cili/cabai kering-dikisar halus
  • 7-8 ulas bawang putih tumbuk
  • 2 biji telur di buat dadar nipis, di gulong dan hiris halus.
  • 2 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 kiub perasa
  • 1 sudu makan cuka makan
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sebelah dada ayam-di potong dadu
  • 10 ekor udang
  • 4 ekor sotong – dipotong
  • 1/2 paket mix vegetables – boleh tukar sayur yahg ada seperti sawi, taugeh, tahu goreng, fish balldan lain-lain.


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau.

 

2. Masukkan cili kering dan bawang yang telah dikisar.

 

3. Selepas itu masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Tumis hingga masak.

 

4. Kemudian masukkan udang, sotong dan ayam. Perasakn dengan garam.

 

5. Tambahkan satu cawan air. Masak seketika dan masukkan lada hitam.

 

6. Masukkan bihun dan kacau sebati dengan bahan tumisan.

 

7. Masukkan sayur pilihan anda.

 

8. Pecahkan tiga biji telur ditepi kuali. Kacau bihun dengan telur.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nie Ni

 

ANDA MUBGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN