Bermodalkan Hanya RM22, Boleh Hasilkan Chewy Cheese Spinach Untuk Kudapan Keluarga. Jimat Banyak!

Share

Jika ada masa, macam-macam snek serta kudapan ringan yang boleh disediakan untuk ahli keluarga. Makanan-makanan homemade ini ternyata lebih enak malah lebih diyakini dari segi kebersihan, halal serta kandungan yang digunakan dalam penghasilannya. Bagi anda yang gemar menyediakan kudapan untuk anak-anak, ini salah satu yang perlu anda cuba. Penuh dengan rasa keju. Memang terbaik!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
  • 250gm krim keju
  • 1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
  • 1 sudu teh garam halus

BAHAN SALUTAN:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur | dipukul
  • 1 cawan serbuk roti oren

Nota:
** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh.
** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh.
** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya.
** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus.
** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.

2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.

3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.

4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.

5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.

6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.

7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.

8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.

9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.

10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.

11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.

Kredit resipi & foto: Asha Zainudin

 

IKLAN