Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resipi Ni. Begini Cara Masaknya

Share

Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut. Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan. Memang sempurna! Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang-kadang tak menjadi. Jangan risau kerana saudari Rosni Musa kongsikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan Laksam yang enak. Resipi ini beliau telah gunakan untuk berniaga. Beribu-ribu pek telah dihasilkan. Pasti ‘special’ kan? Jom cuba! Bolehlah masak untuk yang tersayang.

 

RESIPI LAKSAM YANG SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI

BAHAN-BAHAN LAKSAM:

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua tepung di dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan air terlebih dahulu. Kacau-kacau supaya tidak berketul. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat tepung dan air.

2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air. Adun sekata.

3. Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tidak berketul-ketul. Jika aduna berketul, bolehlah ditapis terlebih dahulu.

4. Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Boleh juga menggunakan tudung periuk, pizza pan atau loyang biasa.

5. Bila air di dalam pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus dan tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi. Pastikan adunan tepung dikacau terlebih dahulu supaya sekata.

6. Tutup pengukus dan masak Laksam selama 3-4 minit.

7. Tip untuk tahu laksam sudah masak atau tidak, bila penutup pengukus diangkat, laksam jadi menggelembung seperti dalam gambar. Itu tandanya sudah masak. Waktu ni kena berhati-hati dengan wap panas.

8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula langkah mengukus sehingga habis adunan tepung.

9. Bila Laksam suam-suam kuku, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat supaya gulungan laksam nampak sempurna.

10. Laksam siap dan boleh diketepikan bagi menyediakan kuahnya pula.

 

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam dan asam keping. Renihkan selama 15 minit.

2. Ikan yang telah diperisikan dikisar hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran bawang tadi. Renihkan lagi hingga mendidih.

3. Kepala dan tulang-tulang ikan dikisar dan tapis airnya. Masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.

4. Kemudian masukkan santan segar. Kacau sebati.

5. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing.

6. Akhir sekali, tuang santan kotak.

7. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

BAHAN SAMBAL LAKSAM:

  • 10-13 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cuka

CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih hingga halus.

2. Kemudian tuang ke dalam periuk. Didihkan cili dan masukkan cuka.

3. Masak cili hingga agak-agak pekat. Angkat.

4. Untuk menikmati laksam, potong laksam ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan ulam seperti kubis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan atau apa-apa sayur kegemaran yang telah dihiris halus.

5. Tuang kuah dan letak sambal ikut cita rasa. Boleh juga masukkan belacan bakar.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN