Murtabak merupakan juadah tradisi istimewa di sepanjang bulan Ramadan. Murtabak datang dalam pelbagai bentuk dan inti, seperti daging cincang atau isi ayam selain pilihan lain berintikan keju dan mi yang lebih moden. Walaupun merupakan kegemaran tempatan, murtabak mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi, maka ia harus dinikmati dengan kadar yang berpatutan.

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, bekerjasama dengan Pakar Diet Alpro, Nor Anieza Binti Abas, untuk mencuba resipi versi murtabak sayur yang mudah dan boleh disediakan di rumah.

Resipi ini juga sesuai untuk dinikmati selepas berpuasa selama lebih 13 jam setengah di bulan Ramadan.

Berbuka Puasa dengan Resipi Murtabak Kaya Sayuran Alpro Pharmacy

BAHAN-BAHAN (untuk 6 biji)

250g isi ayam (dicincang)

6 keping kulit popia

2 biji telur (saiz B)

2 sudu makan rempah kari ayam/daging (dibancuh)

50g bunga kobis (dipotong kecil)

Ads

30g lada benggala (dipotong dadu)

25g lobak merah (dipotong dadu)

30g kobis (dipotong halus)

1 biji bawang besar (saiz sederhana) – dipotong dadu

1 ulas bawang putih (dihiris)

1 biji cili merah (pilihan)

3 batang daun sup

1 sudu kecil garam

½ kiub ayam

1 sudu kecil gula

2 sudu makan minyak masak

Sedikit air

Berbuka Puasa dengan Resipi Murtabak Kaya Sayuran Alpro Pharmacy

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan lembut.

2. Masukkan rempah dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, bunga kobis dan lobak merah. Tambahkan sedikit air. Masak sehingga ayam masak dan sayur empuk.

4. Tambah perasa dengan kiub ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sedikit kering.

Ads

5. Masukkan kobis, lada benggala dan cili. Kacau sehingga rata.

6. Sebelum diangkat, masukkan daun sup dan gaul.

7. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil asing dan pukul sedikit.

8. Angkat bahan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur yang dipukul ke dalam dan gaul rata.

9. Bentangkan kulit popiah di atas talam. Sudukan (3 sudu) inti tadi ke atas kulit popiah.

10. Lipat kulit popia dengan cara melipat atas, bawah, kiri dan kanan.

Berbuka Puasa dengan Resipi Murtabak Kaya Sayuran Alpro Pharmacy

Resepi kuah bawang:

Berbuka Puasa dengan Resipi Murtabak Kaya Sayuran Alpro Pharmacy

Ads

1 biji bawang besar (dihiris)

2 sudu makan cuka makan

2 sudu kecil gula

Sedikit garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Siap dihidang bersama murtabak

Untuk memanggang murtabak seeloknya, gunakan kuali yang rata. Letakkan 1 sudu makan minyak secukupnya supaya murtabak tidak terlekat pada kuali. Panaskan kuali dan minyak dengan api perlahan. Letakkan murtabak di atas kuali. Tekan sedikit murtabak, terbalikkan, dan tekan sekali lagi sehingga murtabak masak dengan sekata. Apabila sudah siap, murtabak tersebut boleh dihidangkan dengan kuah bawang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Farmasi Alpro dan mendapatkan informasi terkini, sila layari halaman Facebook dan Instagram rasmi Alpro. Perundingan dengan ahli farmasi profesional di mana-mana cawangan Alpro di seluruh negara adalah percuma. Sebagai alternatif, anda juga boleh berhubung dengan ahli farmasi melalui talian hotline Whatsapp e-farmasi di 019-7021923.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI