Telatah Bell Ngasri memang sangat mencuit hati. Pelakon dan pelawak ini memang bijak mencetuskan suasana gamat. Apabila mengimbas soal nostalgia Ramadan, tak sangka pula ada kaitan dengan kuih yang dimasak oleh Chef Wan untuknya.

Kuih nagasari yang disediakan oleh Chef Wan untuk Bell Ngasri, rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya. Bagi pelawak ini, kuih nagasari dahulunya selalu menjadi bahan ejekan kepadanya oleh rakan-rakan yang nakal.

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan

“Ayah saya namanya Ngasri. Tapi kawan-kawan panggil Nagasari. Sesukati diorang saja. Tapi lama-lama kuih nagasari menjadi salah satu kuih tradisional kegemaran saya,” cerita Bell.

Ayam percik pula memang disukai oleh Bell yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam. Justeru Bell teruja untuk menikmati kedua-dua jenis hidangan yang dimasakkan oleh chef selebriti tanah air ini untuknya.

IKLAN

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan

 

IKLAN

AYAM PERCIK

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 helai daun pandan (simpul)
1 helai daun kunyit (racik halus)
10 batang serai (diketuk)
1 ekor ayam (dibelah dua)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut yang dicampur dengan 1 liter air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN PES REMPAH
3 biji cili merah (buang biji)
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba

CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan pes rempah. Kisar halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis pes rempah. Masukkan daun pandan, daun kunyit dan serai. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan mendidih sehingga santan pekat.
5. Keluarkan ayam. Susun atas dulang. Bakar dalam oven.
6. Keluarkan sekejap, letakkan sos pes rempah ke atas ayam dan bakar lagi.
7. Alih ayam ke dalam pinggan dan sedia dihidang.

IKLAN

NAGASARI

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan
BAHAN-BAHAN
Pisang raja atau pisang tanduk (buang kulit dan hiris 7 cm memanjang)
Daun pisang (17 cm X 13 cm) lembutkan dalam air panas

BAHAN ADUNAN
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
6 cawan santan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan adunan dan kacau rata.
2. Tapiskan ke dalam periuk dan masak sehingga hampir pekat. Kacau sentiasa gunakan api sederhana.
3. Setelah pekat, matikan api dan biarkan sejuk.

CARA PENYEDIAAN
1. Lap daun pisang biar kering.
2. Ambil 2 sudu besar adunan dan ratakan di atas daun pisang.
3. Letak 1 hiris pisang di tengah-tengah.
4. Letak 1 sudu adunan ke atas pisang.
5. Lipat kemas daun pisang. Ulang sehingga adunan habis.
6. Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih. Kukus kuih nagasari selama lebih kurang 15 minit.

Bell Ngasri Teruja Masak Ayam Percik dan Kuih Nagasari Di Samping Chef Wan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI