Musim kembali ke sekolah sentiasa membuat ibu bapa rasa teruja, terutama bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mendapat yang terbaik setiap hari. Selain daripada kelengkapan sekolah, satu perkara penting yang tidak boleh diabaikan adalah bekal makanan. Bekal bukan sekadar mengisi perut tetapi juga merupakan sumber tenaga dan simbol kasih sayang yang dibawa dari rumah.
Dengan pemilihan menu yang tepat, resipi ringkas pun boleh menjadi hidangan yang menyelerakan dan berkhasiat. Penggunaan bahan-bahan yang tepat mampu menjadikan setiap hidangan lebih lengkap dan penuh rasa. Dengan AJI-SHIO®, resipi ringkas pun jadi lebih lengkap dan enak. Jom cuba seleksi resipi yang Sedap, Senang & Shiok dengan AJI-SHIO®.
1. Sandwic Telur Rangup bersama Mayones


Bahan-bahan:
- 1 ½ liter air
- 4 biji telur
- 2 tangkai daun bawang | dipotong halus
- 10 keping roti putih
- 4 sudu kecil mentega tanpa garam
- 1 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
- 4 sudu besar mayones
- 2 sudu kecil garam
- 5 keping daun salad Romaine
- 1 biji tomato | saiz sederhana, dihiris nipis
Cara Memasak:
- Didihkan air bersama garam. Masukkan telur dan didihkan selama 10 minit. Kupaskan kulit telur dan hancurkan telur.
- Satukan telur hancur bersama daun bawang dan mayones.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kacau sebati.
- Sapukan kepingan roti dengan mentega. Panaskan kuali leper, bakarkan roti sehingga rangup.
- Susunkan sehelai daun salad Romaine di atas roti.
- Letakkan campuran telur ke atas daun salad. Kemudian, letakkan hirisan tomato. Tutupkan dengan kepingan roti yang telah dibakar.
- Sedia untuk dihidangkan.
2. Kepak Ayam Madu


Bahan-bahan:
- 5 ketul kepak ayam
- 1 ½ sudu besar madu
- 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
- 2 sudu kecil minyak masak
- 2 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan B: Dikisar
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 tangkai serai | diketuk
- 2 inci halia
- ½ inci kunyit
- ½ cawan air
Cara Memasak:
- Perap kepak ayam bersama bahan kisar (B), minyak masak, madu, kicap manis dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul rata.
- Bakar di dalam penggoreng udara selama 15 minit pada suhu 160°C. Terbalikkan dan masuk lagi selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidangkan.
3. Puff Ayam & Cendawan


Bahan-bahan:
- 12 keping kulit puff pastri
- 1 biji telur
- 40gm bawang kuning | dipotong dadu
- 5gm bawang putih | dicincang
- 300gm isi ayam | dicincang
- 70gm kentang | dipotong dadu
- 100gm cendawan butang | dihiris
- 2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
- 15gm mentega
- 1 sudu kecil tepung gandum
- 250gm susu
Cara Memasak:
- Cairkan mentega, tumis bawang kuning dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan ayam, kacau hingga separuh masak.
- Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
- Tuangkan susu dan masukkan kentang. Kacau sehingga kentang menjadi lembut.
- Masukkan cendawan butang.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Tutup api dan biarkan sejuk.
- Letakkan sesudu inti ke dalam kulit puff pastri.
- Sapu bahagian tepi dengan telur dan tutup dengan kemas. Sapu juga permukaan pastri dengan telur.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau hingga perang keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan.
4. Nuget Ayam Sayuran


Bahan-bahan:
- 500gm isi paha ayam
- 50gm brokoli | dikukus
- 50gm lobak merah | dikukus
- 1 biji telur
- 4 sudu besar serdak roti
- 1 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
- ½ sudu kecil garam
- 1 cawan tepung gandum
Bahan-bahan B: Salutan
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
- ¾ cawan air
Cara Memasak:
- Satukan isi paha ayam, lobak merah, brokoli, telur, serbuk roti, AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan garam di dalam pengisar makanan. Kisar sehingga menjadi pes.
- Di atas dulang, isikan pes di dalam penekap biskut. Keluarkan dari penekap dan ulang untuk semua pes. Bekukan pes ayam selama 2 jam.
- Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan (B). Gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak masak.
- Salutkan nuget ayam dengan tepung gandum disusuli dengan bancuhan tepung (B).
- Goreng nuget sehingga separuh masak dengan suhu yang panas. Tos dan sejukkan.
- Goreng dengan api sederhana sehingga garing dan sedia untuk dihidangkan.
Bekal Itu Kasih Sayang
Bekal sekolah bukan sekadar makanan. Ia adalah usaha kecil yang memberi impak besar kepada anak-anak. Dengan menu yang mudah, variasi menarik dan rasa yang sedap, setiap bekal pasti dinanti-nantikan.
Jom jadikan dapur anda sebagai tempat lahirnya bekal yang penuh kasih sayang. Ringkas, sedap dan confirm Shiok!
AJI-SHIO® Jadikan Masakan Jadi Lebih Sedap, Senang & Shiok!
Memasak tentunya jadi lebih mudah dengan adanya AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kedua-dua bahan perasa ini memang wajib ada di rumah anda. Penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa boleh menaikkan lagi keenakan dan aroma masakan. Semuanya cukup rasa. Bila dimakan, terasa nikmatnya.


AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa memberikan rasa yang umphh kepada masakan, menjadikannya lebih sedap, beraroma, cukup rasa pedas dan masin. Sesuai digunakan untuk memasak Ayam Bakar, spageti, Mi Goreng, Salad, sup, burger dan macam-macam lagi. Sesuaikan saja mengikut selera anda.
Kedua-dua produk ini sangat membantu kerja memasak kerana ia senang digunakan. Cuma taburkan saja ke dalam masakan anda sama ada untuk perapan, semasa masak atau sebagai topping selepas masak. Dengan sekelip mata, sajian enak sudah tersedia. Sangat senang, malah anda juga boleh kurangkan penggunaan garam.


Sesuai sangatlah guna AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa bila masak bekal untuk anak-anak nanti. Masakan tradisional atau moden, semuanya boleh guna.
Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai resipi dan aktiviti AJI-SHIO®. Layari media sosial:
https://www.facebook.com/AJISHIO.Cooking
https://www.instagram.com/ajishiocooking/
Smart Cooking (Recipe): https://smartcooking.com.my/en/