Begini Cara Masak Sup Telur Chinese Style Yang Sangat Sedap

Share

Resipi Sup Telur Chinese Style ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Biasanya sajian begini dihidangkan di hotel-hotel, restoran Chinese Muslim dan juga restoran makanan laut. Tapi dengan adanya resipi perkongsian saudari Sue Fami yang dicuba dari resipi saudari Zurina Zulkefli. Anda pun boleh masak hidangan ini di rumah. Sedap dan lebih jimat.

 

RESIPI SUP TELUR CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.


3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Sue Fami

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN