Beef Wraps Menu Ringkas & Mudah Disediakan

Share

Pelbagai menu menggunakan wraps boleh anda sediakan. Antara yang boleh anda buat ialah beef wraps ni. Bungkus-bungkus dah siap satu menu. Buatlah inti daging dengan perisa yang sedap. Letak pula keju di dalamnya. Ha pasti licin sepinggan. Nak cuba boleh ikut resipi ini.

BEEF WRAPS

 Bahan-bahan:

  • Daging kisar (Minced beef) -kami guna brand saudi yang dalam tiub kecil. Guna separuh saja.
  • 5 keping roti pita (wraps)
  • ½ biji bawang Holland -kalau saiz besar
  • 1 biji cili Benggala (capsicum) = 1 biji
  • Gula perang
  • Cheese (slice dan mozarella)
  • Bawang putih ni optional-Cincang halus.Kami guna yang siap. Macam bawang goreng.
  • Sos black pepper, sweet & sour / plum sauce (boleh ganti sos tomato dan sos cili)

Cara memasak:
1.Panaskan butter/marjerin dalam 1 sudu besar.

2.Masuk bawang tumis sampai agak layu kemudian masukkan 1 sudu besar gula perang.Kacau sampai jadi macam warna caramel.

3.Kemudian masukkan daging.Kacau sikit.

4.Masukkan black pepper sauce, sos barbeku, sos sweet & sour atau plum (Jika tidak ada sos ini boleh seimbangkan dengan gula dan serbuk perasa, guna sos tomato atau buah tomato pun ok.

5.Bila dah masuk semua bahan,kacau rata kemudian masukkan cili Benggala dan terus tutup kuali dalam tiga ke lima minit.

 

6.Dah siap bungkus begini kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak cairkan sikit cheese tu boleh masuk dalam microwave atau kalau nak garing sikit kulit atas wraps tu boleh sapu butter atau merjerin kemudian masuk dalam oven atau lagi mudah dalam air fryer. Suhu 160, 3 ke 5 minit. Terpulang pada jenis air fryer masing-masing. Rupa wraps akan lagi cantik, garing sikit.

  1. Ni rupa bila dah potong.

Kredit: Irma April

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN