Beef Slice Lada Hitam, Rasa Padu Sampai Licin Pinggan!

Share

Kalau anda sedang mencari menu daging yang mudah dan enak, resipi Beef Slice Lada Hitam ni memang wajib anda cuba. Daging nipis, dimasak bersama lada hitam dan campuran sos merupakan gabungan yang simple tapi padu! Sesuai buat untuk hidangan makan tengahari atau pun makan malam. Jom cuba.

BEEF SLICE LADA HITAM

Bahan-bahan:

  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 sudu besar lada hitam kasar
  • 500gm beef slice
  • 1 biji bawang holland
  • ½ biji lada benggala merah
  • ½ biji lada benggala hijau
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap inggris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 100ml air
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk perasa

 

Cara Memasak:

  1. Di dalam kuali, tumiskan bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
  2. Masukkan lada hitam kasar dan gaul sebati.
  3. Kemudian, boleh masukkan daging dan biarkan daging masak.
  4. Masukkan bawang holland, lada benggala merah dan lada benggala hijau. Gaul rata.
  5. Di dalam mangkuk yang lain, satukan kicap manis, kicap masin, kicap inggris, sos tiram, sos cili, sos tomato dan minyak bijan.
  6. Tuangkan sos tadi ke dalam kuali bersama air, garam dan serbuk perasa lalu gaul hingga semuanya sebati.
  7. Masak sehingga air kering. Bila dah sebati semuanya, boleh tutup api dan Beef Slice Lada Hitam sedia untuk dihidangkan.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma