Banyak Khasiat, Ini 5 Petua Guna Limau Kasturi

Share

Limau kasturi ni kan selain daripada penyedap makanan, sebenarnya banyak petua orang dulu-dulu gunakan untuk kesihatan badan.

Perkongsian daripada Leha Yusuf ini, sangat membantu untuk menggunakan limau kasturi dalam menjaga kesihatan.

TONTON  Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®:  Nasi Minyak  

TONTON   Dapur Rasa Live:  Mangolian Beef  

 

5 PETUA GUNA LIMAU KASTURI

HILANGKAN BATUK

Campurkan limau kasturi bersama dengan kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Insya-Allah, batuk akan beransur pulih

 

HILANG SAKIT KEPALA

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

MENGURANGKAN LELAH

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali

.

TONTON  3 Jenis Kentang & Cara Kupas Yang Mudah

 

MENGHILANGKAN BAU BADAN

Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, cara kedua

, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.

 

TURUNKAN BERAT BADAN

Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Kredit petua: Leha Yusuf

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN