Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Share

Bila sebuat pasal kopi ais, terbayang segelas kopi sejuk yang pekat, sedikit pahit, tak terlalu manis dan penuh rasa lemak. Memang nikmat dapat menikmati minuman sebegini. Andai dibeli di kafe tersohor mahupun di restoran mamak, harganya boleh tahan. Sedangkan cara membuatnya cukup mudah. Benda yang boleh jimat, kenapa tidak kan? Jom buat segelas guna resipi perkongsian saudara Ben Safwan. Pasti puas hati. Ramai yag dah cuba dan puji. Anda pun jangan lupa untuk rasa tau. Mudah sahaja cara dan bahannya.

 

RESIPI KOPI AIS KAW PALING SEDAP. BANCUH SENDIRI JE

BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan serbuk kopibeli online disini
1/2 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair beli online disini
1/2 tin susu pekat manis beli online disini
Ais secukupnya

Dapatkan MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api.
2. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit.


3. Tapis dan tuang masuk air kopi tadi ke dalam jug.
4. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat ke dalam jug.


5. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.


6. Simpan bancuhan kopi kaw dalam freezer atau boleh terus dinikmati.

NOTA: Sukatan ini adalah untuk 1.6 liter.

 

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN