Baked Macaroni Berapi,Gabungan Rasa Pedas Dan Berkrim Yang Enak

Share

Siapa sahaja mahu menolak bila dihidangkan dengan Baked Macaroni yagn sangat sedap, dengan isian cheesy yang enak yang pasti melazatkan. Jika anda sukakan menu ini boleh buat untuk keluarga ikut resipi yang dikongsi oleh Tiesha Abdul Rahman. Boleh juga masukkan daging burger dan nak tabur mozarella cheese pun boleh untuk rasa yang lebih yummy.

BAKED MACARONI BERAPI
BAHAN-BAHAN
BAHAN (A) :
1 cawan makaroni
1 kiub pati ayam / air rebusan ayam


1 sudu besar minyak masak – untuk elak melekat
Rebus makaroni sampai empuk. Tos dan ketepikan.


BAHAN (B)SOS PUTIH CREAMY
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
Sedikit garam

Satukan ke semua bahan, kacau hingga tepung larut. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga creamy dan ketepikan.

BAHAN (C) :
1/4 biji bawang Holland – dadukan
1 ulas bawang putih – cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam- BELI ONLINE DI SINI
1 tin sos prego – Tradisi
1 batang lobak merah – dadukan
1/2 tin cendawan butang – hiris
5 batang sosej – hiris


5 batang sosej cheese – hiris
Cili padi – hiris
1/8 cawan minyak
2 sudu besar mentega-BELI ONLINE DI SINI
Garam / gula
Cheese

JOM TONTON DAPUR RASA LIVE:  Resipi Mangolian Beef

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga layu.


2.Masukkan sosej, sosej cheese, lobak merah dan cendawan butang. Gaul rata.


3.Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.

4.Masukkan sos prego, sedikit gula dan makaroni yang telah direbus tadi. Gaul rata.

Cara melapis:

1) Masukkan makaroni ke dalam bekas dan parut cheddar cheese.


2) Lapiskan sekali lagi dengan makaroni dan tabur cili padi hiris.
3) Tuangkan sos putih. Letak kepingan cheese dan tabur lagi cili padi hiris.

4) Bakar pada suhu 160-170’c selama 20-25 minit atau hingga cheese cair dan permukaannya sedikit keperangan. Siap!

Kredit: @tihiecikman & Tiesha Abdul Rahman

https://www.rasa.my/nak-bihun-goreng-kosong-nampak-cantik-berkilat-boleh-ikut-tip-yatie-kitchen-ni/

IKLAN