Rutin harian pada hari ini memang banyak yang boleh menyumbang kepada stres. Kesesakan jalan raya, kesibukan di tempat kerja dan juga masalah kesihatan adalah antara punca stres. Salah satu cara untuk meredakan stres adalah dengan makanan. Sesetengah makanan mempunyai manfaat daripada khasiatnya untuk mengembalikan senyuman anda. Ini enam jenis makanan yang boleh buat stres anda berlalu pergi.
1. Kekacang
Kurangkan tekanan dengan makan kekacang seperti badam, pistachio dan walnut yang kaya dengan vitamin B, E dan zink. kacang juga boleh meningkatkan sistem imunisasi, meredakan tekanan darah dan mengurangkan tekanan pada jantung. Bosan tidak mahu makan kekacang semata-mata, anda boleh tambahkan kekacang dalam menu anda seperti dalam salad.
2. Coklat Gelap
Selalu orang kata coklat boleh menggemukkan. Tapi coklat juga bagus untuk meredakan stres. Dalam Coklat terkandung gula (karbohidrat). Apabila anda memakannya, coklat mengeluarkan hormon serotonin yang menjadikan mood kita bertambah baik. Coklat juga boleh kita pelbagai seperti minuman coklat panas dan kek coklat.
IKLAN
3. Oat
Makan oat juga meningkat hormon serotonin yang menghindarkan kita daripada tekanan. Oat mempunyai serat tinggi dan lambat untuk dicerna. Anda boleh manambah bahan lain dalam menu oat anda antaranya madu yang boleh meningkat sistem imunisasi atau tambahkan kekacang.
4. Teh
IKLAN
Dengan menghirup teh panas dapat melegakan tekanan dengan cepat. Minumlah teh seperti teh hijau, teh herba, teh chamomile, teh halia atau teh pudina yang boleh menenangkan sistem saraf dan penghadaman. Bancuh teh kegemaran anda dan ambil masa anda untuk tenang.
5. Yogurt
IKLAN
Yogurt dengan kalsium dan protien serta probiotik yang sesuai jika anda sedang menjaga badan. Probiotik membantu mewujudkan sistem pencernaan yang sihat dan tenang. Anda boleh tambah buah-buahan segar dalam yogurt anda, seperti bluberi yang kaya dengan antioksidan.
6. Minum Air Kosong (suhu bilik)
Ini yang paling mudah. Minum segelas air kosong dan pergi ambil angin di luar seketika. Apabila badan mengalami dehidrasi, sebenarnya boleh menyebabkan kebimbangan dan kegelisahan. Minum air kosong dan menyedut udara segar dapat membantu mengurangkan tekanan kita. Jadi banyakkan minum air kosong.
Bagaimanapun kita harus mengawal jumlah makanan yang kita ambil supaya tidak berlebihan. Jangan biarkan stres mengawal emosi anda.
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. HOTTEOK (PENKEK MANIS KOREA )
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
4. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
5. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes kunyit untuk masakan perkongsian saudari Syiqah Jaafar ni. Boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT STOK PES KUNYIT HOMEMADE UNTUK MASAKAN BERGORENG
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3 inci halia
Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
Sedikit air
CARA-CARA:
1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.
2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air ( sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.
Siapa sangka Datin Seri Siti Nur Cahaya seorang personaliti yang begitu menjaga penampian ini sebenarnya seorang ahli perniagaan yang mengusahakan ladang kambing Boer. Kalau anda semua nak tahu beliau bukan hanya pakar daging kambing tetapi juga dalam memasak daging kambing itu sendiri.
Selain menjual daging kambing segar, syarikatnya turut menjual daging kambing yang telah diperap dengan bahan perapan hasil air tangan beliau sendiri. Untuk anda semua, Datin Seri Siti Nur Cahaya sudi kongsikan dua resipi:
TORTILLA KAMBING SERI CAHAYA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing Boer | cuci dan bersihkan
1 paket roti tortilla
BAHAN PERAPAN:
Sedikit serbuk paprika
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit sebuk tyme, oregano dan Cajun
Sedikit minyak zaitun
BAHAN ISIAN:
1 batang lobak merah | hiris halus
1/4 biji kobis | hiris halus
Beberapa kelopak daun salad | ikut suka
BAHAN SOS LADA HITAM:
6 cawan air
150gm daging | hiris
3 sudu makan kicap
6 sudu makan gula perang
1 tin cendawan butang | hiris
1 tim krim cendawan
3 sudu makan tepung gandum | untuk memekatkan kuah
1 sudu teh serbuk lada hitam CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan perapan dalam mangkuk, kemudian gaulkan pada daging kambing. Perapkan sekurang-kurang satu jam. (sebaiknya semalaman dan disimpan dalam peti sejuk).
Panaskan pemanggang, dan panggang daging ikut selera, separuh masak atau masak sepenuhnya.
Ketepikan dan hiris kecil dan nipis.Sementara itu sediakan sos. Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum.
Masak atas api perlahan hingga mereneh.
Kecilkan api dan masukkan tepung gandum, kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
Untuk menghidangkannya, bentangkan roto tortilla kemudian letakkan parutan bahan isian dan lapisi dengan hirisan daging kambing.
Tuangkan sos lada hitam di atasnya dan gulung tortilla.
Tortilla sedia dihidangkan.
AYAM MASAK KURMA:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14
3 sudu makan rempah kurma
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1litter santan segar
Rempah penumis | bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 biji tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
2 biji cili merah | belah dua
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan dan daun kari, kacau lagi hingga layu.
Seterusnya masukkan rempah kurma dan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kentang.
Bila ayam dan kentang empuk, masukkan santan.
Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup.
Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan cili.
Selepas seminit, tutup api dan hidangkan panas-panas.