Ads

Azmi Masak Lauk Kegemaran Ibunya, Ayam Masak Merah

Untitled design - 2019-10-09T145208.884

Siapa sangka penyanyi utama kumpulan Caliph Buskers ini berbakat juga memasak. Tambah ceria ibunya turut sama menceriakan dalam program Anak Emak Anak Bapak.Sweet kan…Azmi buat kejutan pulang ke Johor dan membawa ibunya makan di restoran kegemaran ibunya,Restoran Hj. Daud di Kota Tinggi.

Lauk yang disukai ibunya ialah Ayam Masak Merah kerana katanya lain dari kebiasaan. Selepas itu ibunya mahu Azmi memasak dari air tangannya lauk yang mereka nikmati itu. Kita tengok bagaimana Azmi sahut cabaran memasak demi untuk ibu tercinta. Macam-macam gelagat lucu anak beranak ni. Walau apapun tahniah buat Azmi kerana berjaya menyiapkan tugasan memasaknya.

Azmi Masak Lauk Kegemaran Ibunya, Ayam Masak Merah
AYAM MASAK MERAH
BAHAN- BAHAN :
1 ekor ayam
3 sudu makan cili boh
6 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 biji bawang besar
3cm halia
2 batang serai-dititik
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
Minyak
Serbuk kunyit secukupnya
Garam – secukup rasa
1 sudu makan gula
serbuk perasa

Ads

Cara memasak:

1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak.
Jangan terlalu garing. Angkat dan letak tepi.
2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bawang merah dan bawang putih
dan halia.
3. Masukkan cili boh dan tumis dengan api perlahan sehingga cili betul-betul masak. Masukkan serai yang dititik.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan ayam goreng.
6. Kacau ayam tadi,sesuaikan rasa . Siap untuk dihidangkan.

Ads

Azmi Masak Lauk Kegemaran Ibunya, Ayam Masak Merah

Ads

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Ikan Tongkol Kicap Pedas Paling Padu, Mudah & Confirm Menyelerakan!

Ikan tongkol kicap pedas yang pekat, pedas dan berempah. Resipi mudah, cepat dan sesuai untuk hidangan harian yang menyelerakan.