Siapalah yang tak kenal dengan Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mommy (mami). Beliaulah penyanyi dangdut otai yang telah lama menempa nama di Malaysia dan Indonesia. Malah beliau kerap dilantik menjadi pengkritik atau juri dalam pelbagai program televisyen yang menampilkan pencarian penyanyi baru di arena bidang seni.
Rancangan RASA Nostalgia Ramadan kali ini menampilkan Mas Idayu sebagai tetamu jemputan. Memang berdangdutlah hos Chef Wan bila ada Mas Idayu di set penggambaran. Chef Wan pun bukan main menari lagi sampai sakit pinggang.
Selamba Mas Idayu berseloroh, “Sudahlah Datuk, dah tua!”
Mas Idayu tampil cantik dengan baju kurung moden bercorak jalur. Rona coklat begitu sesuai dengan penyanyi lagu Cintaku Seratus Persen ini.
IKLAN
Pose istimewa buat seluruh pembaca majalah RASA.
Lebih menarik, kali ini mereka berdua memasak lauk untuk berbuka puasa iaitu Sotong Masak Hitam dan pemanis mulut iaitu Bubur Somsom. Kedua-dua masakan ini dekat dengan Mas Idayu kerana dia memang suka makan sotong termasuklah ahli keluarga.
Selain itu, Mas Idayu juga suka dengan pelbagai lagi manisan misalnya Bubur ChaCha dan Bubur Candel.
RASA berikan resipi menarik yang boleh korang semua cuba masak sendiri di dapur. Serius memang sedap dua hidangan ni tau!
SOTONG
IKLAN
BAHAN-BAHAN
1/2 kg sotong
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar (hiris bulat)
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk kasar)
2 batang serai
4 tangkai cili padi
Sedikit air
Garam cukupnya
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan sotong tapi jangan buang dakwat hitamnya. Potong sotong, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan serai. Tumis lagi.
4. Masukkan cili padi dan dakwat sotong.
5. Masukkan sotong. Kacau seketika.
5. Kacau dan biarkan sotong keluar airnya. Boleh tambah air sedikit kalau suka kuah banyak. Biarkan seketika sampai sotong masak.
6. Matikan api dan sedia dihidang.
BUBUR SOMSOM
IKLAN
BAHAN BUBUR SOMSOM
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT BUBUR SOMSOM
1. Ayak dulu tepung supaya tak berketul ketika dimasak.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga tepung larut sepenuhnya.
3. Dengan api sederhana, kacau sehingga adunan pekat. Adunan memang akan mendidih dan meletup-letup.
4. Tunggu sehingga adunan likat. Matikan api.
BAHAN AIR GULA
3 ketul gula melaka saiz mini
1 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam
CARA MEMBUAT AIR GULA
1. Masukkan semua bahan dalam periuk . Masak sehingga mencicih dan gula larut.
2. Kemudian tapiskan air gula.
Selamat mencuba!
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.
Korang mesti suka jugak resipi masakan IFA RAZIAH ni.
Dah menonton rancangan Nostalgia Ramadan semalam, menarik bukan. Sebenarnya bila dapat tahu Chef Wan akan memasak menu Sayur Lodeh Johor, Louisa Alissa Chong Abdullah atau Louisa Chong cukup teruja menantikan juadah yang selalu dimasak ibu mentuanya dari Johor.
Setiap kali puasa dan Hari Raya, ibu mentuanya memasak seperiuk besar kerana tahu anak menantunya Louisa cukup suka dengan hidangan ini.
Mendirikan rumah tangga dengan Hamid Samad, masakan Melayu memang sudah sebati dengan diri Louisa. Apa tidaknya neneknya berketurunan baba nyonya Melaka yang sajiannya banyak menyamai masakan Melayu.
Selain Louisa ibu saudaranya juga juga berkahwin dengan orang Melayu seperti dirinya. Jadi amalan berbuka puasa memang cukup difahami dan dihormati dalam keluarga Louisa.
Setiap kali balik beraya ke kediaman keluarga mentua pula, hidangan Sayur Lodeh Johor akan disajikan. “Kalau mak mentua yang masak kuah ni , percaya tak saya boleh makan segala sayurnya dan boleh mengadap tiga mangkuk sekali makan. Kuah lodeh tu saya hirup macam minum air,”ujarnya tertawa kecil.
Buat Louisa kedatangan Ramadan ditunggu dengan cukup teruja. “Bagi saya berpuasa taklah susah sangat. Macam hari biasa aje, cuma kita bersarapan awal pagi dengan bersahur. Banyak kebaikan berpuasa ni salah satunya saya dapat juga berdiet cara sihat,” ceritanya yang juga memenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Cina terbitan Media Prima yang berlangsung di China, peringkat Asia baru-baru ini.
Bagi sesiapa yang nak ‘refresh’ memori atau tercicir mencatat resipi semalam, ni dia 2 resipinya Sayur Lodeh dan kuih Bingka Ubi.
SAYUR LODEH
BAHAN-BAHAN :
1 liter santan cair
300gm udang basar | dibersihkan
Bahan dikisar halus :
10 biji bawang merah
2 batang serai
1sm halia
1sm lengkuas
8 biji buah keras
10 tangkai cili merah | dibuang biji
1sm kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan belacan | dibakar
4 ulas bawang putih
60gm udang kering
Bahan sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang | dipotong panjang 5sm
3 keping tauhu | digoreng dan dipotong besar
4 keping tempe | digoreng dan dipotong besar
1 batang terung | dipotong 5sm panjang
150gm kubis
½ biji sengkuang | dipotong memanjang
30gm soo hoon | dicelur
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus hingga naik bau.
Masukkan santan cair dan sayur-sayuran, biarkan sehingga semua sayuran masak.
Selepas 10 minit masukkan udang basah. Sajian sedia dihidang.
KUIH BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN :
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Hancurkan gula merah dengan santan dan tapis.
Masukkan ubi, gula pasir dan garam. Gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 1/2″ atau 9″ yang telah dilengser minyak di permukaan dan di bahagian tepinya.
Bakar hingga masak. Jika guna ketuhar, masak menggunakan suhu 200C selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Untuk pastikan bingka masak atau tidak, cucuk menggunakan lidi. Jika tidak melekat, itu menandakan bingka telah masak.
Angkat dan potong bila dah sejuk
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA ELFIRA ROY.
Artis lain yang memeriahkan lagi rancangan ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Ummi Aida, Siti Nordiana, Amelina, Sharifah Shahira, Amelina, Aaron Aziz, Azira De Fam, Abam Bochey , Noorkumalasari, Serina Chef Wan, Kak Engku dan lain-lain lagi.
Ingat tau jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian raya yang biasa dihidangkan mereka adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan..
Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya.
“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.
Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,”imbau Serina mengenai juadah nostalgia Hari Raya.
Jom semak 2 resipi Hari Raya Serina dan papanya Chef Wan.
AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar
Bahan dikisar kasar :
30 tangkai cili kering | direndam air panas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 batang serai
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
8-10 sudu makan minyak panas
1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
Garam @ garam mineral secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BISKUT PECAN
BAHAN-BAHAN :
60gm mentega tanpa garam
¼ cawan gula aising (serbuk)
1 sudu teh esen vanilla
125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
½ cawan tepung gandum serba guna
Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
Seronok bila Abam Bocey melayan ibunya Puan Sabariah Arshad mencari lauk kegemaran ibunya Itik Salai Masak Lemak Cili Padi di sekitar Negeri Sembilan dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7.
Nampak sedap dan rasa lapar tengok dua beranak ini menghadap bermacam jenis gulai lemak cili padi, dari ikan, daging salai, ayam sampailah itik. Pengemar gulai lemak cili padi mesti terliur tengok. Tak cukup makan di restorn, Puan Sabariah begitu manja minta Abam masakannya Itik Salai Masak Cili Padi. Abam pulak jenis tak sampai hati, layan je permintaan ibu. Sangguh Abam Bocey mencari itik salai , kemudian ke pasar mencari santan dan bahan-bahan untuk menyediakan permintaan ibunya.
Kalau dah namanya anak emak, masak pun mesti ibu kena ada duduk di sebelah baru Abam yakin masak Dengan sedikit bantuan ibu Abam nampak sempoi masak Itik Salai Masak Lemak Cili Padi istimewa untuk ibunya untuk dijadikan bekal makan sambil berkelah di Pantai Port Dickson bersama menantu dan cucunya. Sungguh meriah keluarga kecil ini berkelah sambil makan-makan.
**media[]**
Puan Sabariah puji Itik Salai Masak Lemak Cili Padi yang dimasak oleh Abam sedap, walaupun resipi masak lemak cili padinya sedikit berbeza dengan resipi masak lemak cili padi orang Negeri Sembilan sebenarnya yang langsung tidak menggunakan bawang. Bagi Abam itu resipi yang dipelajari dari ibunya. Malah Abam petua ibunya dengan memasukkan Belimbing Besi mengantikan asam gelugor, dengan tujuan membantu mengempukkan daging itik salai.
Korang yang nak cuba atau tertinggal menoton Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, ini dikongsikan resipinya.
ITIK SALAI MASAK LEMAK CILI API BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik salai |potong sederhana
1 liter santan
1/2 sudu makan kunyit serbuk
3 batang serai
1 helai daun kunyitDaun kunyit
10 biji belimbing buluh
1 mangkuk rebung
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm halia
20 biji cili padi
Cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
Tumis bahan kisar, hingga wangi, masukkan serbuk kunyit.
Kacau rata, baru masukkan itik salai.
Kacau lagi hingga itik sebati dengan bahan tumisan.
Seterusnya masukkan santan, kacau dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan belimbing, daun kunyit dan rebung.