Ayam Tandoori Masala, Sedap Macam Makan Kat Kedai Mamak!

Share

Ayam tandoori menu yang cukup sinonim di kedai mamak. Merupakan sajian tradisi masyarakat Punjab, India, hidangan ini sedap di makan bersama roti nan. Dipanggang menggunakan rempah ratus istimewa, bagi yang nak cuba buat sendiri, ini resepi yang dikongsikan Rèyñùģhà Ànbàrâsü

AYAM TANDOORI MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (dibuang kaki dan kepala)
  • 1 sudu makan garam masala *
  • 1 sudu makan briyani masala *
  • 1 sudu makan bawang putih – ditumbuk halus*
  • 1 sudu makan halia – ditumbuk halus*
  • 1 sudu makan serbuk cili *
  • 1 sudu makan serbuk kunyit *
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam*
  • 2 sudu makan plain yougurt*
  • 2 sudu makan perahan lemon
  • 1 sudu makan pewarna tandoori (merah)*
  • 1 sudu makan minyak zaitun *
  • Garam secukup rasa*
  • 1 sudu makan gula*

CARA MEMASAK:

1. Semua tanda (*) dicampur dalam satu mangkuk besar dan kacau sebati.

2. Masukkan ayam dan gaulkan campuran rempah atas, dalam, depan, belakang dan bawah kulit ayam dengan rata. Kelar ayam dengan pisau pada semua tempat supaya rempah dapat masuk dalam isi dan boleh diperap selama 48 jam atau paling cepat 6 jam letak dalam peti sejuk belah bawah.

3. Selepas itu bakar dalam oven, letak ayam bersama perapan rempah dalam tray alas aluminium foil. Kaki ayam di ikat gunakan daun pandan

4. Bakar sampai masak lebih kurang 40 minit ke 1 jam ye (ikut oven masing masing). Boleh dihidangkan panas-panas.

INFO: Jika ayam nampak kering waktu sedang masak dan ketika hampir masak rajin-rajin bukan oven. Renjiskan kuah/sos yang berada di bawah ayam itu ke atas dan seluruh ayam. Supaya ayam masih juicy selpas masak.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rèyñùģhà Ànbàrâsü

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN