Ayam Sambal Bali. Menu Wajib Cuba Bagi Penggemar Hidangan Pedas.

Share

Sajian Ayam Sambal Bali ini memasng sesuai untuk anda yang gemarkan hidangan pedas. Jika suka boleh tambahkan hirisan kentang yang telah digoreng di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Minyak masak | untuk menggoreng
  • 8 batang serai | titik
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi

 

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
  3. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
  6. Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
  7. Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.
IKLAN