Ayam Pedas Perattal, Masakan India Penuh Aroma

Share

Ayam pedas perattal atau Spicy Chicken Perattal ini memang kaya dengan rasa dan aroma rempah ratus. 

Sebagai masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa, masakan India juga turut menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Masakan India terkenal dengan rasanya yang kaya pelbagai rempah ratus. Pernah pernah dengar Spicy Chicken Perattal? Masakan ini sedap tau. Boleh cuba masak sendiri di rumah.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supra ini. Gerenti jadi dan sedap! 

Ayam Pedas Perattal

Bahan-bahan:

3 ketul ayam bahagian whole leg (drumstick dan paha)

10 biji bawang kecil- hiris – boleh beli online di sini
2 batang cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah 4
3 sudu besar campuran pes bawang putih dan halia

Sedikit daun kari – boleh beli online di sini

3 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar rempah kari ayam

1-2 biji ubi kentang – potong dadu

Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

1 sudu besar jintan manis – boleh beli online di sini

Garam secukupnya

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Terlebih dahulu, potong ubi kentang dalam bentuk kiub. Terpulang sama ada buang atau tidak kulitnya. Rendam dalam air garam selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang. Setelah masak, angkat dan toskan.

Boleh menggunakan minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan jintan manis hingga terbit wangi.

Masukkan pula hirisan bawang merah kecil dan daun kari. Tumis lagi.

Tambah pes bawang putih dan halia. Tumis lagi.

Masukkan pula setangkai cili hijau.

Setelah itu, bolehlah kentang yang telah digoreng dan masukkan ayam. Gaul sebati. Tambah hirisan tomato.

Masukkan pula serbuk cili dan rempah kari. Gaul sebati.

Perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan 1 lagi cili hijau. Masak lagi kira-kira 5 hinggs 10 minit menggunakan api kuat. Sentiasa kacau agar tidak hangit di bahagian bawahnya.

Siap! Sedap dimakan dengan nasi putih.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN