Ayam Masak Serai Ala Thai, Menu Simple Tapi Sedap!

Share

Ayam masak serai ala Thai, menu simple tapi sedap. Sesuai untuk anda yang teringin nak makan lauk yang sihat tapi menyelerakan.

Menggunakan kaedah masakan yang tak susah dan juga bahan yang senang didapati. Makan lauk macam ni dah cukup dengan nasi panas-panas.

Nak sediakan pun cukup ringkas dan cepat, resipi ini adalah hidangan yang patut anda cuba!

AYAM MASAK SERAI ALA THAI

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul kepak (bahagian tengah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili api merah
  • 3-4 batang serai
  • Daun kari (gantikan daun limau purut)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair (@sos ikan)
  • 2 sudu besar madu
  • Garam
  • Serbuk perasa.

CARA MEMASAK:


1. Tumis bawang putih & cili api sampai naik bau

2. masukkan ayam dan biarkan sekejap

3. Masukkan sos tiram

4. Masukkan serai yg dihiris halus

5. masukkan kcap cair & madu

6. masukkan daun kari & biar sehingga ayam masak.

7. Bila kuah meresap kedalam ayam dan sudah sebati. Siap!!

INFO: Jika suka rasa sedikit masam boleh tambahkan perhan limau.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Effarina Faizal

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN