Makan

Ayam Masak Kunyit Halia, Makan Dengan Nasi Panas Confirm Bertambah!

Share

Ayam Masak Kunyit Halia, menu ringkas dan mudah untuk disediakan. Cukup rasanya kalau makan dengan nasi panas pasti bertambah.

Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, cukup lauk ni sahaja makan pula dengan sambal belacan, memang terangkat habis!

Nak sediakan hidangan ini juga cukup mudah, kalau buntu nak masak lauk apa, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.

RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

BAHAN-BAHAN:

1 sudu kecil secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
1 senduk/2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE


1 keping asam keping – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN:

Bawang besar dan cili merah (dihiris)

CARA MEMBUAT:

1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.

2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.

3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.

4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.

5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.

6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.

7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Sumber kredit: Habeebah Md Daud

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN