Ayam Masak Goreng Kari Dan Kentang Sedap Dimakan Waktu Berbuka Atau Sahur

Share

Ayam masak goreng kari dan kentang ini memang sedap kalau dimakan waktu berbuka atau pun waktu sahur. Aroma semerbak karinya buat terbuka selera. Nak pancing selera anak-anak di awal pagi, sesuai masak masakan ini. Harum semerbak satu rumah akan buat anak-anak terjaga. 

Masakan ini jenis kering dan tak berkuah seperti masak kari biasa. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Cahaya Kasih Firdausi‎  ini ye. Selamat mencuba!

Ayam Masak Goreng Kari Dan Kentang Sedap Dimakan Waktu Sahur

Bahan-bahan:

1ekor ayam (potong, lumur garam dan kunyit)

Bawang merah (separuh hiris, separuh kisar) – boleh beli online di sini

Bawang putih (separuh hiris, separuh kisar) – boleh beli online di sini

Halia – boleh beli online di sini

Cili padi hijau – boleh beli online di sini

Serai (ketuk) 

Daun kari – boleh beli online di sini

Bawang Holland (hiris) – boleh beli online di sini

Rempah kari daging Adabi + kari ikan Babas

Ubi kentang (potong wedges)

Garam – boleh beli online di sini

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kisar separuh bawang putih, separuh bawang merah, halia dan cili padi hingga lumat. Ketepikan. 

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit dan garam hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Goreng pula ubi kentang hingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.

Boleh menggunakan minyak yang sama, tumis serai, hirisan bawang Holland, bawang merah hiris dan bawang putih hiris serta daun kari hingga terbit bau wangi.

Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi.

Setelah itu, masukkan pes kari dan tumis lagi hingga terbit wangi dan naik minyak.

Perasakan dengan garam secukupnya. Bolehlah masukkan ayam goreng dan kentang goreng. Gaul sekata. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN