Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Masakan Tradisi Orang Teochew

Share

Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.

 

AYAM MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
  • 1 biji bawang holland-dicincang
  • 1 labu bawang putih-dicincang
  • 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah
  • 1 batang daun bawang-dihiris

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
  2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice
    ayam dalam dulang.
  3. 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
  4. Siap boleh hidangkan.

INFO: 

  1. Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESEPI INI:

 

IKLAN