Ayam Halia Sos Tiram. Rasa Pedas Dan Masin Seimbang

Share

Ayam halia sos tiram. Simple je cara masaknya. Kata orang, campak-campak siap! Tapi, rasanya tak boleh bawa bincang. Memang sedap. 

Ini satu lagi lauk yang simple, mudah tapi rasanya sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas. Memang ngam. 

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Liza Idris ini ye. Selamat mencuba.

Ayam Halia Sos Tiram

Bahan-bahan:

10 ketul ayam (bersihkan)

4 ulas bawang putih (cincang) – boleh beli online di sini

3 inci halia (cincang halus) – boleh beli online di sini

1 sudu teh lada sulah – boleh beli online di sini

2-3 sudu besar sos tiram – boleh beli online di sini

3 sudu besar kicap biasa – boleh beli online di sini

Sesudu tepung jagung (bancuh dengan air) – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Serbuk kunyit – boleh beli online di sini

1 biji tomato (potong 6) – boleh beli online di sini

3-5 biji cili padi – boleh beli online di sini

Sedikit daun sup (hiris)

Daun bawang (hiris)

Air secukupnya

Minyak masak – boleh beli online di sini 

Cara Memasak:

Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Kemudian angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang dicincang. Kemudian masukkan  halia dihiris halus. Masak hingga kekuningan dan terbit bau.

Setelah itu, bolehlah masuk ayam goreng tadi. Gaul sekata.

Letak 2 atau 3 sudu besar sos tiram.

Tambahkan kicap biasa. Kacau biar mesra. Letak pula lada sulah. Kacau dan kacau lagi.

Masukkan secawan air.Tambah cili padi yang diketuk. Nak pedas letak banyak. Ikut selera masing-masing. Boleh skip kalau tak suka.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang ke dalam masakan. Kacau sebati. Masuk tomato yang dihiris.

Akhir sekali, tabur hirisan daun sup dan daun bawang.

Siap! Makan dengan nasi panas, confirm terlajak 2 pinggan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN