Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng berempah.
Nak buat pun mudah, cuma kisar bahan, gaul, dan goreng. Jom cuba ikut resipi Bella Shabudin
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B:
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
1. Kisar kesemua bahan A.
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B.
3. Perap selama sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Bella Shabudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA