Ads

Ayam Goreng Berempah, Makan Panas-Panas, Sedap Untuk Berbuka Puasa

Tak tahu nak masak apa untuk berbuka puasa malam ni? Jom try buat ayam goreng. Ayam goreng adalah antara makanan yang paling mudah nak dibuat. Orang ramai pun suka. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap? Lagi-lagi ayam berempah. Nah, kami kongsikan resipinya.

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam Goreng Berempah, Makan Panas-Panas, Sedap Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)

Ads

Bahan kisar
3 batang serai
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari

Ads

Bahan Lain:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili. Jika nak pedas boleh tambah lagi.
2 sudu makan rempah kari daging
Sedikit perasa dan garam
1 tangkai daun kari.
1 sudu makan tepung jagung.

Ads

Caranya membuat
1. Masukkan semua bahan dalam beks berisi ayam dan gaul sebati.
2. Perap 1 jam dan boleh digoreng.
3. Tabur daun kari yang digoreng sekali.

Resipi oleh Nor Hasimah dari Telegram KakiMakan Channel

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Bubur Bebola Pulut Kuah Santan Manis, Resipi Simple Tapi Sedap

Cuba resipi Bubur Bebola Pulut Kuah Santan yang lemak manis dan mudah dibuat ini. Sesuai dinikmati panas atau sejuk bersama keluarga.