Ada seorang ibu risau nak bagi anak makan ayam. Katanya, ayam sekarang banyak kena cucuk, takut bahaya untuk anak, lagi-lagi yang ada eczema. Isu tentang ayam cucuk ini juga kerap muncul bila dibuka perbincangan di Threads, menunjukkan ramai rupanya masih belum update dengan ilmu sebenar. Jadi jom kita betulkan fahaman, bukan untuk menakutkan, tapi supaya kita semua makan dengan ilmu.

Apa Maksud Sebenarnya “Ayam Cucuk”?

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

Ramai sebenarnya salah faham bila sebut tentang ayam cucuk. Ya, ayam memang disuntik, tapi suntikan itu bukanlah hormon cepat besar seperti yang selalu digembar-gemburkan. Suntikan tersebut sebenarnya ialah vaksin untuk elak penyakit berjangkit dalam ladang seperti avian flu atau jangkitan bakteria. Malaysia juga melarang penggunaan hormon pembesar badan dalam ayam sejak dulu lagi.

Kalau ayam cepat besar, itu sebab:

  • Baka moden (genetik cepat membesar)
  • Makanan ayam tinggi nutrisi dan protein
  • Reban moden dengan suhu dan cahaya terkawal

Banyak orang masih menyangka ayam cucuk adalah sesuatu yang berbahaya, sedangkan proses vaksinasi ini sudah menjadi standard penternakan moden di seluruh dunia. Ia jauh lebih selamat berbanding membiarkan ayam terdedah kepada wabak yang boleh menyebabkan kerugian dan risiko kesihatan yang lebih besar.

3 Jenis Ayam Di Pasaran

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

1. Ayam Biasa

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

Dibesarkan dalam reban moden dengan kawalan suhu dan cahaya yang rapi. Cepat besar sebab baka khas dan pelan makanan optimum. Ramai pengguna memilih ayam jenis ini kerana harga lebih mudah diakses.

Ads

2. Ayam Kampung / Free Range

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

Dibiarkan berkeliaran dan makan makanan semulajadi. Saiz lebih kecil, isi lebih liat dan rasa lebih “pure”. Pilihan ini juga sering dikaitkan dengan gaya hidup lebih sihat.

3. Ayam Organik

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

Tiada antibiotik, diberi makanan non-GMO dan dibela secara semulajadi. Lebih “clean” tetapi harga pun lebih premium. Pengguna yang sensitif terhadap isu ayam cucuk biasanya memilih kategori ini.

Tentang “Ubat” Dalam Makanan Ayam

Betul Kah Ayam Sekarang Banyak Kena Cucuk? Ini Penjelasan Sebenar.

Ads

Ya, kadang-kadang ayam diberikan antibiotik, tetapi bukan untuk besarkan badan. Ia digunakan untuk rawat atau cegah penyakit dalam ladang. Sebelum ayam disembelih, mesti ada tempoh rehat (withdrawal period) supaya ubat tersebut sempat keluar dari badan ayam sepenuhnya.

Kalau ladang tak ikut peraturan ini, barulah bahaya. Antara perkara buruk yang akan timbul ialah:

  • Risiko residu antibiotik dalam daging
  • Bakteria jadi kebal antibiotik (antimicrobial resistance)
  • Boleh ganggu usus dan sistem imun badan

Isu seperti ini sering menguatkan salah faham tentang ayam cucuk, walaupun realitinya proses pemantauan terhadap ladang ayam di Malaysia adalah sangat ketat di bawah agensi kerajaan.

Macam Mana Nak Pilih Ayam Selamat?

Beli ayam dari pengeluar sah dan berdaftar (ada logo VHM, MESTI atau Halal). Masak betul-betul, pastikan tiada darah merah. Kalau mampu, pilih ayam kampung, organik atau non-GMO feed. Untuk anak yang ada eczema atau kulit sensitif, lebih penting jaga kualiti sumber dan cara masakan, bukan elak ayam sepenuhnya.

Ramai ibu bapa bimbang tentang ayam cucuk, tetapi sebenarnya lebih banyak pencetus eczema datang daripada bahan tambahan lain seperti perasa, pewarna, pengawet atau cara memasak yang tidak sesuai. Bila badan anak sudah sensitif, perkara-perkara ini lebih mudah mencetuskan reaksi kulit.

Ads

Kesimpulan

Kesimpulannya, bukan ayam yang jadi punca eczema, tetapi cara penternakan dan bahan tambahan lain yang boleh menjadi pencetus. Daripada takut nak makan ayam, lebih baik pilih sumber yang betul dan masak dengan bersih. Bila kita faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayam cucuk, barulah kita boleh membuat keputusan yang lebih tepat dan selamat untuk keluarga.

Sumber: Puan Aliah, Dietitian
Olahan & suntingan: RASA

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Jenis Daging Lembu: Panduan Lengkap & Power Untuk Pilih Potongan Terbaik

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI