Ayam Buttermilk, Lauk Tak Pernah Jemu Dinikmati

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam buttermilk. Lauk ini rasanya berlemak. Justeru, eloklah kalau dibuat agak pedas sedikit bagi mengimbangi rasa lemak tersebut.

Rasa lemak itu terbit daripada gabungan sisi cair, susu pekat, mentega dan juga keju yang digunakan. Disebabkan itulah, rasa pedas boleh mengimbangi rasa yang berlemak.

Jom kita lihat resipinya.

AYAM BUTTERMILK

BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dipotong dadu)
1 biji telur ayam
2 senduk tepung goreng ayam
2 senduk tepung jagung
2 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dicencang)
1/2 tin susu cair
2 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam
2 keping keju
1 tangkai cili merah besar (potong serong)
5 tangkai cili padi hijau (potong serong)

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, letakkan dada ayam. Pecahkan telur ayam.
2. Masukkan tepung goreng ayam. Salutkan dada ayam rata-rata. Biar seketika.
3. Panaskan minyak masak. Sebelum masukkan ayam dalam minyak panas, salutkan dahulu dengan tepung jagung. Kemudian baru masukkan ayam dalam minyak panas.
4. Angkat ayam yang telah digoreng. Ketepikan.
5. Ambil kuali lain. Masukkan mentega, daun kari dan bawang putih. Tumis seketika.
6. Kemudian, masukkan susu cair, susu pekat, garam, kepingan keju, cili merah dan cili padi hijau.
7. Kuatkan api. Apabila kuah agak pekat boleh tutup api. Masukkan ayam dan gaul rata. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.instagram.com/p/CcKPAL7JFFH/

IKLAN