Ayam Bakar Ni Ratah Begitu Saja Pun Sedap

Share

Menu ayam memang jadi kegemaran ramai, tambah pula di kalangan anak-anak. Selain ayam goreng, ayam bakar juga enak dinikmati. Tak perlu nasi pun mereka boleh habiskan sepinggan. Nak buat ayam bakar  dengan ramuan yang enak, boleh ikut stail cik pooja ni. So shedapp.

Ayam Bakar 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam(cuci bersih) cikpooja belah di bahagian dada untuk mudahkan kerja cuci dalamannya
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati oren sunquick(yang dalam botol) – beli online disini
  • 1 senduk sos blackpepper@sos lada hitam
  • 3 sudu besar majerin(cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang(rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Kentang,brokoli, tomato ceri optional. Tak nak letak pun tak apa,ayam tetap rasa sedap.

Cara memasak:

1.Semua bahan-bahan ni cikpooja kisar dengan sedikit air(suku cawan air)

2.Dah kisar semua,perapkan dengan ayam.

3.Cikpooja perap 2j am sebelum bakar. Lagi lama perap lagi sedap

Bakar pada suhu 200° 1 jam @sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).Cikpooja suka yang crunchy di luar lembut juicy di dalam, sebab tu letak suhu tinggi.

Sos Cicah Ayam

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cabai melaka(yang merah atau hijau boleh je mana-mana)
  • 2 biji limau nipis (ambil air perahannya)
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • Suku cawan air panas

Cara membuat:

1.Tumbuk bawang puith dan cabai melaka. 

2.Kemudian masukkan air perahan limau nipis,cuka makan,gula pasir,garam dan air panas.

3.Gaul semua bahan-bahan ini sampai sebati dan cukup rasanya.

Kredit: Cikpooja

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN