Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng, Sedap Rasanya

Share

Buat mereka yang bekerja, tentu nak masak yang ringkas dan cepat disediakan. Bosan juga asyik membeli tambah pula 2023 ni nak jimat berbelanja dengan masak sendiri. Bukan hanya puas makan malah memenuhi cita rasa.

Jom cuba resepi mudah menggunakan perencah nasi goreng. Ayam bakar diperap dengan perencah ini serta madu rasanya memang sedap.Lagi banyak perencah digunakan, lagi sedap. Boleh perap awal dua atau tiga hari, bila nak makan tinggal bakar saja.Boleh ikut resepi yang dikongsi oleh  Liyaw Ah Seng

.

AYAM BAKAR GUNA PERENCAH NASI GORENG

Bahan-bahan:

Ayam

Perencah nasi goreng

Cara membuat:

1.Cuci bersih ayam dan potong mengikut saiz yang disukai.

2.Perap ayam dengan perencah nasi goreng. Lagi banyak lagi sedap.

3.Letakkan madu bersama bahan diperap.

3.Nak sedap perap semalaman sebelum dibakar.

Kredit: Liyaw Ah Seng

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa

 

IKLAN