Bercadang nak adakan majlis rumah terbuka? Dua resipi yang dikongsi oleh Aunty Aini dan Rozita Che Wan dalam rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi episod 6 ini antara yang mudah, sedap dan sesuai disajikan buat tetamu yang datag berkunjung. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.

Aunty Aini & Rozita Che Wan Kongsi Resipi Daging Toyu & Masak Lemak Kambing Salai Untuk Majlis Rumah Terbuka.

1. DAGING TOYU

Aunty Aini & Rozita Che Wan Kongsi Resipi Daging Toyu & Masak Lemak Kambing Salai Untuk Majlis Rumah Terbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 8kg daging – hiris dan rebus empuk
  • 5 biji bawang besar – kisar
  • 2 labu bawang putih – hiris
  • 7 biji bawang besar – hiris
  • 200gm halia – hiris
  • 30 tangkai cili kering – kisar
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2 pek besar rempah kari daging
  • 1 senduk rempah 4 sekawan
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 botol besar kicap
  • 1 cekak daun kari
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan, halia dan bawang besar kisar hingga naik bau. Masukkan juga bawang putih hiris dan daun kari. Tumis seketika.

2. Masukkan cili kisar. Masak lagi sehingga pecah minyak dan barulah dimasukkan serbuk kari daging. Masak guna api sederhana.

3. Masukkan daging yang telah direbus dan juga sedikit air rebusan daging.

IKLAN

4. Tambahkan serbuk lada hitam, kicap, garam dan gula merah secukup rasa. Kacau sebati.

5. Tambahkan hirisan bawang besar. Kacau seketika hingga semua bahan layu dan sekata. Angkat dan sedia dihidangkan.

2. MASAK LEMAK KAMBING SALAI

Aunty Aini & Rozita Che Wan Kongsi Resipi Daging Toyu & Masak Lemak Kambing Salai Untuk Majlis Rumah Terbuka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10kg daging kambing
  • 6kg santan
  • 300gm kunyit hidup kisar
  • 1.5kg cili padi kisar
  • 300gm lengkuas dan serai kisar
  • 10 keping asam gelugur
  • 4kg ubi kentang
  • 8 helai daun salam
  • 20 batang serai – dititik
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan ke dalam kuali dan apabila telah panas, masukkan jus dari kambing yang telah disalai.

2. Masukkan kisaran cili padi, lengkuas, serai dan asam keping. Kacau sebati.

3. Masukkan juga garam secukupnya ke dalam kuah. Biarkan seketika.

IKLAN

4. Seterusnya masukkan hirisan ubi kentang, daging kambing salai dan juga serai. Kacau sebati dan masak sehingga kemtang empuk.

5. Bila kuah sudah secukup rasa, padamkan api dan sedia untuk dihidang.

JOM TONTON RASA PROJEK GERENTI JADI

 

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa: Projek Gerenti Jadi yang menampilkan selebriti tersohor Rozita Che Wan dan Aunty Aini sebagai hos. Dalam setiap episod mereka akan bersama tetamu jemputan yang akan memasak lauk pauk enak dalam kuantiti yang banyak. Sesuai anda cuba masak untuk sebarang majlis kenduri atau keraian.

Aunty Aini & Rozita Che Wan Kongsi Resipi Daging Toyu & Masak Lemak Kambing Salai Untuk Majlis Rumah Terbuka.

Jadi jangan lupa tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI