Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.
Cuma masalahnya nak guna penyembur dah tentu tak sesuai kerana bahagian ini adalah tempat penyediaan makanan sekeluarga.
Salah satu cara selamat yang boleh kita praktikkan untuk menghapuskan masalah ini adalah dengan membuat perangkap lalat.
Boleh cuba kaedah buat yang dikongsi oleh Syafiq Wazan ini. Bukan saja mudah dan murah tapi mesra alam kerana tidak menggunakan bahan kimia. Caranya hanya menggunakan rendaman kulit pisang.
1 botol plastik 1.5 liter
¾ – 1 cawan gula
¾ – 1 cawan cuka (apa-apa jenis, yang murah pun boleh)
1 kulit pisang
Air suam secukupnya
1. Masukkan kulit pisang ke dalam botol.
2. Tambahkan gula dan cuka.
3. Tuang air suam hingga ke paras didalam gambar. .
4. Tutup botol dan goncang campuran supaya sebati. Lalat tertarik dengan bau fermentasi dan manis dari campuran ini.
5. Gantungkan botol ini di tempat terbuka — pokok, pagar, atau tiang, guna dawai (bukan tali, sebab tupai boleh gigit). Gambar kiri.
6. Bila dah penuh (seperti gambar kanan), tutup dan buang ke dalam tong sampah.
INFO
Kredit info & foto: Syafiq Wazan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA