Asyik Kerang Rebus Je Kan? Jom Buat Kerang Goreng Berempah, Sedap!

Share

Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.

Jom kita cuba buat!

KERANG GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.

TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.

Selamat mencuba!

Sumber: Blog www.ninamirza.com

IKLAN