Untitled design - 2019-11-14T140245.123

Sebut saja menu asam pedas, memang terliur rasa dibuatnya.Untuk mendapatkan rasa yang sedap kena tahu seimbangkan rasa masam atau dengan kata lain cukup rasa.Pilihan ikan juga penting, lain ikan lain pula rasanya. Untuk mendapatkan rasa asam pedas yang sedap kenalah tunggu bahan yang ditumis masak garing, barulah sedap.Kalau dah sedap gerenti boleh hirup kuahnya.

Dalam episod Dapur Rasa Campak Campak Jadi Chef Imelda Haris berkongsi resipi Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari , wow memang super sedap bila digabungkan dengan tempoyak ada rasa masam dan manis. Untuk menu minum petang boleh cuba juga Mini Seafood Quiche Parcel.
Olahan bahan di dalam quiche seperti filemen ketam,udang dan kupang menambah rasa dan tidak menjemukan.

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari

Bahan-bahannya:

6 hiris ikan pari yang sudah dibersikan

10 biji bawang merah

1 labu bawang putih

2 inci halia

1 inci lengkuas dikisar halus

11 biji cili kering yang sudah direndam dan dibuang biji

5 biji cili padi

1 inci belacan yang sudah dibakar sedikit

2 batang serai dititik

1 batang bunga kantan

2 tangkai daun kesum

1 cawan tempoyak

1.5 liter air

IKLAN

6 biji kacang bendi

3 biji tomato –dipotong dua

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan
Cara memasak:

1.Tumiskan serai dengan minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bahan tumisan garing. Setelah garing, masukkan air dan renihkan sehingga mendidih.

2.Setelah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan ikan dan tempoyak. Kemudian,

3.Masukkan bunga kantan, daun kesum, bendi dan tomato tutup periuk dan pastikan api tidak terlalu besar. Ubahsuai garam dan gula rasa mengikut citarasa anda.

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan
Mini Seafood Quiche Parcel

Bahan-bahannya:

1 buku roti wholemeal

IKLAN

1 cawan parutan keju mozzarella

10 ekor udang dibersihkan

10 keping isi kupang

5 batang filamen ketam

5 biji cendawan butang perang

1 cawan mix vegetable

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

½ cawan krim masakan

1 sudu kecil lada sulah

1 sudu kecil garam

IKLAN

Sedikit herba basil

Kertas parchment yang mencukupi

Tali untuk mengikat

Remekin atau mangkuk kecil

Untuk adunan ‘royale’

4 biji telur

1 cawan susu

½ sudu lada hitam

½ sudu garam bukit

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan
Cara memasak:

1.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan cendawan tumis sehingga layu. Masukkan makanan laut dan mix vege masak separuh masak. Tuang krim masakan, lada sulah dan garam. Tutup api biarkan sejuk.

2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan susu, garam dan lada hitam. Pukul sebati.

3.Ambil sedikit parchment paper yang sudah dipotong dan ataskan pada remekin atau mangkuk kecil. Potong roti menjadi bahagian kecil dan susun ke dalam mangkuk beralas kertas tadi. Seterusnya, masukkan sedikit isi makanan laut ke dalam mangkuk. Kemudian, tuang royal telur sehingga menutupi kesemua makanan laut dan roti tadi. Taburkan keju dan sedikit herba basil. Ikay parcel dengan tali kemas kemas.

4.Panaskan oven pada suhu 180 darjah sebelum dibakar selama 25 minit sehingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan

Asam Pedas Tempoyak Ikan Pari Buat Bertambah Makan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI