Asam Pedas Ayam. Seimbang Rasa Masin, Pedas Dan Masamnya

Share

Asam pedas ayam. Seimbang rasa masin, pedas dan masamnya. Memang pikat selera.

Asam pedas ada macam-macam versi mengikut negeri. Selain asam pedas ikan, dan asam pedas ayam juga sedap.

Berminat? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Zat Hernani ini ye. Selamat mencuba.

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan:

Ayam (potong dan bersihkan)

2-3 sentuk cili kisar – boleh beli online di sini

Pes asam jawa – boleh beli online di sini

2 kiub ikan bilis – boleh beli online di sini

Daun kesum – boleh beli online di sini

Bunga kantan (belah dua) – boleh beli online di sini

Kacang bendi

1 batang serai (ketuk)

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Minyak masak- boleh beli online di sini

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah kecil – boleh beli online di sini

6 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1/2 labu bawang besar (sederhana size) – boleh beli online di sini
3 hiris lengkuas (sikit je) – boleh beli online di sini
2 hilis halia (letak sikit je) – boleh beli online di sini
1sudu kecil lada hitam
4 cm kunyit hidup
1 sudu kecil biji ketumbar
Sesudu besar belacan – boleh beli online di sini
1 genggam ikan bilis
Air untuk mengisar (sama paras dengan bahan dlm pengisar)

Cara Memasak:

Panaskan minyak dalam kuali/periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit bau harum.

Kemudian masukkan pula serai yang diketuk. Ia akan membuatkan kuah tambah sedap. Tapi tak bubuh tak apa.

Masukkan separuh daripada tomato.

Tambah cili kisar. Lagi banyak cili lagi pekat kuah. 2-3 senduk cili kisar. Lagi banyak lagi pekat kuah.

Masukkan pula asam jawa. Apabila tumisan dah sedikit kering, masukkan sedikit air. Tumis lagi sehingga kering dan pecah minyak. 

Dah pecah minyak, masukkan ayam. Gaul sekata.

Tambah air lagi, paras ayam. Kalau suka kuah lebih, masukkan air lebih. Ikut cita rasa.

Setelah itu, masukkan daun kesum, bunga kantan dan lebihan tomato.

Setelah kuah menggelegak, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi.

Tambah stok ikan bilis.

Biarkan ia mereneh hingga ayam empuk.

Tambah kacang bendi. Kalau suka, boleh bubuh banyak.

Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

IKLAN