Aneka Resipi Paprik Sedap Ala Kedai Masakan Panas

Share

Enaknya Paprik. Menu dari negara Gajah Putih ini tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kombinasi udang, sotong dan aneka sayuran yang sangat sedap. Sangat sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau malam. Rasa pedas, masam, masin memang cukup. Pendek kata memang digemari ramai. Nak lebih sedap? Hidangkan bersama Telur Dadar garing. Memang terbaik padanannya! Nak cuba aneka resipi Paprik yang sedap? Jom lihat resipi-resipi yang ada. Selamat mencuba!

 

1.PAPRIK CAMPUR SEDAP

BAHAN A (HIRIS):
Bawang merah beli online disini
Bawang putih beli online disini
Halia

BAHAN B:
2 sudu cili kisar beli online disini
2 sudu pes tomyam beli online disini
3 sudu sos tiram beli online disini
4 sudu sos cili beli online disini
3 sudu kicap manis beli online disini
Perasa secukupnya
Udang dan sotong (nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)
Sedikit air

BAHAN C (JUMLAH SECUKUPNYA):
Bunga kobis – hiris
Lobak merah – hiris
Kacang buncis – hiris
Daun limau purut – buang tulang tengah
Cili Merah/Hijau – hiris
(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. 3. Tambahkan sedikit air. Reneh sehingga masak.
4. Seterusnya masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa.
5. Masak hingga sayur lembut. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ezan Jelita

 

2.PAPRIK UDANG BANJIR

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam/udang/sotong
  • Aneka sayuran ( lobak merah, bunga kubis, jagung kecil, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis)
  • 1 senduk cili kering kisar beli online disini
  • 1 biji bawang holland – dihiris beli online disini
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • 5 ulas bawang putih – dihiris
  • Halia – dihiris
  • Serai – diketuk
  • Daun limau purut
  • Bawang besar/holland potong bulat
  • 2 sudu makan sos cili beli online disini
  • 2 sudu makan sos tomato beli online disini
  • 2 sudu makan sos tiram beli online disini
  • 2 sudu makan kicap manis beli online disini
  • Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, halia bawang merah, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar. Tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, sos tomato dan serai.
  4. Selepas itu masukkan lobak merah, kubis bunga dan daun limau purut. Masak hingga sayur lembut.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa anda.
  6. Seterusnya masukkan udang, cendawan, tomato dan bawang holland.
  7. Akhir sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Gaul semua bahan hingga sekata dan masak sempurna. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Boleh tambah isi ayam, sotong atau daging. Boleh juga campurkan ikut citarasa anda.

Kredit resipi & foto: HasnorFadila Kadir

 

3. PAPRIK SOTONG MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong – boleh guna lala @ siput sedut
  • 3-4 ulas bawang putih – tumbuk beli online disini
  • Cili padi – tumbuk
  • 1 sudu makan cili giling @ lada lumat beli online disini
  • Sedikit gula
  • Sedikit air bancuhan tepung jagung beli online disini
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN SOS (CAMPUR & SEBATIKAN):

BAHAN SAYUR:

  • Lobak merah
  • Daun limau purut
  • Bunga kubis
  • Kacang panjang
  • Bawang holland

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan cili padi.

2.Masukkan cili giling, tumis hingga sedikit garing.  

3.Masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dihiris. Jika guna siput sedut atau lala pun sedap.

4.Kacau semua bahan hingga sebati.

5.Sediakan sos dengan mencampur semua bahan dan sebatikan.

6.Masukkan campuran sos ke dalam kuali.

7.Masukkan sedikit gula. Sesuaikan dengan kepedasan cili yang anda guna.

8.Seterusnya masukkan hirisan sayur-sayur paprika seperti lobak merah, bunga kubis, daun limau purut, kacang panjang dan juga hirisan bawang holland.

9.Gaul semua bahan hingga bergaul rata.

10.Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung. Jangan letak banyak kerana sotong sudah berair.

11.Paprik Sotong siap untuk dihidang.

INFO: Nak lagi enak, guna sotong mambang / sotong katak. Sotong jenis ini senang dihiris untuk dibuat corak kerana isinya yang tebal dan tidak mudah kecut bila dimasak.

 

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

 

4. PAPRIK SARDIN 

Paprik Sardin

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tin sardin beli online disini
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Cili merah – hiris
  • Cili padi – ketuk
  • Daun limau purut
  • Serai – ketuk
  • Halia – ketuk
  • Daun bawang – hiris
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Jagung muda
  • Kacang panjang
  • 1 biji kentang – digoreng hingga sedikit layu
  • 2 biji tomato – potong 4
  • Cili kisar
  • Sos cili beli online disini
  • Sos tiram beli online disini
  • Perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.

2. Kemudian masukkan cili padi dan serai.

3. Masukkan juga cili merah dan kentang.

4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.

5. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.

6. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.

7. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.

8. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Elvianna El-Zahra

 

5.  PAPRIK AYAM SEMPOI

BAHAN-BAHAN:
Isi ayam secukupnya – hiris kecil


3 sudu makan cili kisar (beli online disini)
1/2 mangkuk air panas
Bunga kubis secukupnya
Jagung muda secukupnya
Lobak merah secukupnya
Sedikit brokoli
Kacang panjang atau kacang buncis – jika ada
6 biji cili padi – ketuk
3-4 helai daun limau purut – buang tulangnya
Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar (beli online disini)
4 ulas bawang putih (beli online disini)
1 inci halia
1 batang serai – diketuk

BAHAN SOS:
2 sudu makan sos cili (beli online disini)
2 sudu makan sos cili thai (beli online disini)
1 sudu makan sos tiram (beli online disini)
1 sudu makan sos ikan (beli online disini)
1/2 sudu makan kicap manis (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi dan garing.

2. Bila sudah garing, masukkan cili kisar. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.

3. Tambahkan hirisan ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam kecut dan nampak masak.

4. Kemudian masukkan kesemua sos. Gaul sebati.

5. Masukkan juga air panas.

6. Kacau sebati dan biarkan mendidih.

7. Seterusnya masukkan sayur-sayuran dan juga cili padi.

8. Tambahkan juga daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya.

9. Masak hingga sayur-sayuran lembut. Tidak perlu menambah garam dan perasa lain kerana campuran pelbagai jenis sos sudah memberikan rasa pada paprik.

10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Khas Fena

 

6. RESIPI AYAM PAPRIK WARUNG THAILAND

BAHAN-BAHAN:

BAHAN-BAHAN SAYUR

  • 2 biji putik jagung -dihiris
  • 2 tangkai kacang panjang -dihiris pendek
  • Sedikit bunga kobis -dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • Sebatang serai yang diketuk

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan ayam hingga warnanya bertukar menjadi keputihan. Angkat dan toskan.


2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.


3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian kacau rata.


4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Masukkan juga cili padi, cili merah, serai, air dan daun limau purut. Gaul sebati.

5. Masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.

6. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dihiris tadi ke dalam kuali serta bawang besar. Masak sehingga sayur agak empuk.


7. Akhir sekali, bila dah masak. Angkat dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

Info: Boleh tukar atau tambah dengan sotong, udang, lala, daging dan sebagainya.

Kredit resipi & foto: Maslinda Kamaruddin

 

7. TELUR MASAK PAPRIK

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur rebus | buang kulit
  • 3 batang jagung kecil | hiris
  • ½ batang lobak merah | hiris
  • 1 biji cili merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh sos tiram
  • ½ biji capsicum hijau | hiris
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3gm tepung jagung
  • 1 helai daun limau purut
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
  3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
  4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

8. PAPRIK CAMPUR 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 150gm isi ayam-dihiris kecil
  • 2 ekor sotong-dihiris bulat
  • 1/2 biji bawang besar|dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1 batang serai-dihiris memanjang
  • 2 helai daun limau purut-dihiris kasar
  • 1 tangkai cili merah-dihiris serong
  • 2 sudu makan-pes cili kering
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2 batang kacang panjang-potong 3cm sedikit
  • Sedikit hirisan bunga kobis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, hirisan bawang besara dan cili.

2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

3. Masukkan hirisan ayam dan sotong, kacau hingga layu.

4. Masukkan hirisan daun limau purut dan serai.

5. Masukkan hirisan sayur-sayuran.

6. Akhir sekali masukkan sos cili, tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.

 

 

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN